Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Jumaat, 13 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 4, Chapter 5)

Chapter5
Ah sudah… waktu-waktu macam inilah kami nak terserempak. Yutha menelan air liur. "Bos, I'm just here to take the blanket and pillow." Perlahan dia menjawab. "No, I meant… what are you doing in my house?"
Telan air liur buat kali kedua. Yutha mengangkat bahu. "Well, I didn't know this is your house. Sorry for interrupting." Cepat-cepat dia mencapai bantal dan selimut lalu berlari melepasi lelaki itu. Dia ingin cepat-cepat hilang dari pandangan lelaki itu.
Rovin memandang Yutha dengan anak mata. Tubuh gadis itu pantas hilang dari pandangannya. Perasaannya tak tertafsir apabila berdepan semula dengan gadis itu. Insiden dirinya ditampar gadis itu kembali menerjah fikiran. Pantas dia menggeleng sebelum mengatur langkah ke ruang tamu.
"What happened?" Dia menepuk bahu Syasya. Syasya berpusing lipat maut. "Oh, boss." Dia sengih-sengih. "Nothing much. We"'re just helping. Didn't know this was your house." Dia menggaru belakang kepala. "What happened between both of you and my mum?"
Rovin menoleh ke arah ibunya lalu menuturkan sesuatu di dalam bahasa yang hanya mereka berdua faham. Ibunya membalas sesuatu. Selesai mereka berdua bertutur, Syasya mula mencelah dalam bahasa Tamil. Perkara ini membuatkan Yutha berasa seolah-olah dia tidak diperlukan di situ lagi. Dia perlahan-lahan berdiri di belakang Syasya. Kut kalau Rovin nak apa-apakan dia, Syasya ada.
"Weh, Sya… korang cakap apa?" Bisiknya. "Tak ada apa pun. Bos tanya kita buat apa, tu aja." Angguk. "Kau cakap apa?"
"Tak ada apa. Aku tanya bos cakap apa dengan mak dia, bos explained. Aku pun explained sekali apa yang berlaku tadi." Jawapan itu mengundang kelegaan di hati Yutha. Ingatkan apalah tadi.
Bicara yang masih berlaku di antara Rovin dan ibunya mengundang tanda tanya Yutha. Rovin kelihatan marah dan tak puas hati apabila berlawan cakap dengan ibunya. "Weh, Syasya. Mereka cakap apa?"
Syasya angkat bahu. Dia memandang bos dengan pandangan keliru. Rovin masih marah-marah, mustahil Syasya nak tanya soalan. Silap-silap kena penumbuk.
Tapi Syasya tanya juga soalan. Kena penumbuk pun lantaklah.
"Mak dia tak mampu nak masak. Mak dia minta tolong kau bermalam di sini, tolong masak untuk anak dia. Kau rela ke?"
Huh? "Apa?"
"Kau tak dengar ke aku cakap? Mak dia minta tolong kau tidur sini malam ni. Tolong buat kerja rumah." Ulang Syasya dengan suara yang lebih kuat. 
Wait, seriously what?! Membulat mata Yutha. Ah, sudah! Malam ni aku kena tidur sebumbung dengan lelaki ini! Patutlah lelaki ini anti sangat dengan aku tadi! Kami kena tidur satu rumah rupanya!
"Macam mana? Kau okay ke?"
Yutha memandang Syasya dengan muka awkward. "Kalau kau tidur sini sekali dengan aku tak apa ke?" Soalnya. Syasya memandang Yutha dengan pandangan terkejut. "Kau biar betul? Kau nak aku tidur mana? Sekali dengan kau?" Soal Syasya dalam terkejut.  Merah muka Yutha memikirkan hal itu. Lelaki ni, dia fikir sampai ke situ! "Bukan!!! Kau boleh tidur dengan bos ke…. Please Syasya…. Aku tak nak tidur berdua dengan bos." Pinta Yutha shamelessly. Lantaklah Syasya nak kata apa pun.
Syasya memandang Yutha dengan anak mata. "Kau ni… bukannya kau tidur berdua dengan bos tu. Mak dia kan ada. Kau cuma tolong buat kerja rumah sikit je." Pujuknya.
"Tapi…" Yutha masih memandang muka Syasya dengan pandangan simpati. "Aku janji, kalau ada masalah apa-apa, aku akan tolong kau. Ok? Call je aku."

Super Psycho Love (Volume 4, Chapter 4)

Chapter 4
Mereka bertiga tiba di hadapan rumah bercat kuning. Ala-ala rumah lama. Kebanyakan rumah di India tak adalah impressive macam rumah di Malaysia. Yutha dan Syasya perlahan-lahan keluar daripada kereta. Tersedar yang ada warga emas di dalam kereta, pantas keduanya pergi mendapatkan mak cik tersebut.
"Auntie, are you okay?" Refleks Yutha menarik tangan mak cik itu, bimbang dia terjatuh. Yutha memegang lengan mak cik itu agak kuat, sampaikan mak cik itu menarik lengannya supaya dilepaskan. "Auntie, this is your belongings. You want us to bring it to you?" Pelawa Syasya. "Nevermind… just leave it there. I'll take it myself."
Yutha menghantar mak cik itu dengan pandangan mata. Kekeruhan jelas terpancar di matanya. Orang tua... kadang-kadang mereka tak mahu dilayan seperti orang lemah tetapi nak buat macam mana, mereka memang dah tak larat. "Kau stress ke?" Soal Syasya dalam tawa kecil. "Stress lah juga. Dia dah tak larat, tapi berlagak tough." Tawa kecil Syasya masih belum berhenti.
Tubuh tua yang separa rebah di pintu rumah itu membuatkan Yutha berlari mendapatkannya. "You're not that strong, auntie. You need to depend on us sometimes. Don't worry, we're not bad people. We want to help you." Mak cik itu terdiam. Melihatkan diaman mak cik itu, Yutha memapah mak cik itu sehingga ke dalam rumah.
Yutha mendudukkan mak cik itu di atas sofa. "Bad joints? Muscles?" Soal Yutha. "No. High blood pressure. My head hurts."
"You want me to massage you?"
Diam. Yutha menyandarkan mak cik itu di tubuhnya. Tangannya cekap memicit bahu mak cik itu. Sendawa mula keluar. Agak lama juga dia memicit bahu mak cik itu. Sampai lenguh bahunya. Selesai memicit bahu, dia membiarkan mak cik tersebut berbaring di atas sofa.
Yutha berdiri. Dia ingin mencari selimut buat mak cik tersebut. Kakinya mengatur langkah. Pintu bilik paling hadapan dia buka. Kelihatan ada katil queen beserta bantal dan selimut tersusun rapi. Perlahan-lahan kaki Yutha mengatur langkah ke arah katil. Dia ingin mencapai selimut.
"What are you doing in here?" Huh?
Pantas Yutha menoleh. Kelihatan susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalinya. Susuk tubuh itulah yang ditemuinya saban hari di pejabat. Rovin segak berseluar tidur dan memakai t-shirt. Lengannya disandarkan di muka pintu.

Super Psycho Love (Volume 4, Chapter 3)

Chapter 3
"Miss Yuthasak."
Bunyi namanya dipanggil membawanya ke kaunter ubat. Pegawai farmasi itu mengeluarkan beberapa paket ubat beserta kad bertulis namanya. "This is inderal propanorol, panadol actifast and imigran. Take this once needed."
"Okay, thank you."
"As you can see, there's a guide on how much you should eat your medicines." Angguk. Ubat diambil dari kaunter.
"Thank you."
Dia mengatur langkah ke arah lelaki bertubuh tinggi yang sedang bersandar di tiang bangunan. Lelaki itu mengalihkan pandangan daripada telefon bimbit apabila tersedar bahawa ada tubuh berjalan menujunya.
"Dah ambil ubat kau?" Angguk. "Doktor cakap apa?" Besar bukaan mata Yutha. Terkejut badak. "Lah… bukan aku dah bagitau ke tadi? Aku buat follow up. Mana jumpa doktor. Ambil ubat jelah. Ke kau nak aku bagitau apa pharmacist tu cakap? Take this medicine once needed… there's a guideline… " dia mengajuk cakap pegawai farmasi itu tadi.
Syasya ketawa kecil. Sah nyanyuk! Dia mengurut kepalanya yang pening dengan leteran Yutha. "Aduh… kau ni… tak sweet langsung. Cakap sikit sudahlah. Pening aku dengar." Keluhnya. Yutha ketawa kecil. "Sorrylah bro. Okay, nak aku masak apa esok?" Pujuk Yutha. "Kau ni mengarutlah. Esok cuti. Ke kau nak mencemar duli datang ke rumah aku esok?" Dia ketawa. Yutha turut ketawa. "Kau drive."
Tubuh wanita tua berlanggar dengannya mematikan tawa mereka. Yutha tersentak. Lengan wanita itu pantas dipegangnya. Bimbang wanita itu terjatuh. "Oh man… kids these days…" keluh wanita tua itu. "Are you okay? I'm really sorry. Really! Where's your home? We'll send you there." Pelawa Yutha, tanda meminta maaf. Sungguh! Dia tidak sengaja. Kalau dia nampak, memang dia dah elak dah. Wanita tua itu memandang Yutha dengan pandangan nak tak nak. Akhirnya Syasya bersuara dalam bahasa tamil di pihak Yutha. Dengan pujukan Syasya, mereka berjaya menghantar wanita tua itu ke rumahnya.
Suasana di dalam kereta kekok. Syasya dengan pemanduannya, wanita tua itu dengan nak tak naknya dan Yutha dengan perasaan nervousnya. "Bro, kau rasa dia marah aku tak?"
Syasya mendekatkan telinganya ke arah Yutha. "Siapa? Mak cik dekat belakang ni?" Soal Syasya masih dalam mode berbisik. Syasya menoleh ke belakang seketika sebelum mengangguk. "Kau jangan risau. Typical orang tua, dia tak pekenan dekat foreigners. Nanti aku explain dekat mak cik ni." Jaminan Syasya itu membuatkan Yutha sedikit lega. Dia menghembus nafas lega.

Super Psycho Love (Volume 4, Chapter 2)

Chapter 2
"Aku tak tau pula yang kau tu kamceng dengan bos."  Suara Yutha memecah kesunyian antara mereka berdua. Syasya tak alih pandangan dari jalan yang disinari lampu jalan. "Dah berapa lama kau kenal dia?" Soal Yutha lagi. "Sejak aku sampai sini. Dia kawan untuk aku ajak minum. Tu je."
Yutha terdiam. Ala, macamlah dia tak biasa dengan perangai lelaki kafir. Hujung minggu je mereka pergi minum di mana-mana gerai. Untuk melepaskan tekanan. Sebagai kawan, dia haruslah menghormati budaya tersebut. Syasya pun menghormati dirinya.
"Kau nak aku hantar mana ni? Hospital?" Soal Syasya tiba-tiba. Hari ni Yutha ingin berjumpa doktor untuk menyambung ubat migrain yang diambilnya semasa di Malaysia. "Hantar aku ke hospital. Balik nanti aku cari teksi."
"Huish! Kau biar betul. Kau tahu tak bahaya perempuan malam-malam macam ni balik sorang. Aku hantar kau balik rumah. Tak payah cari teksi." Keras Syasya bersuara. Keruh terukir di wajahnya.
Yutha terdiam seketika. "Kau nak teman aku? Dekat hospital? Jadi boyfriend aku malam ni?" Keningnya terangkat. Tawa kecilnya terlepas. "Kau gelakkan aku pula? Aku bukan main lagi risaukan kau. Aku ikhlas ni. Malam ni aku jadi boyfriend kau." Tawa Yutha terlepas. Serius lawak. "Okay. Kau jadi boyfriend aku malam ni. So, nak aku panggil kau apa? Papa?" Soalnya dalam tawa. "Ha'ah. Kau panggil aku papa. Aku panggil kau mama. Aku cabar kau buat macam tu."
"Tak nak aku. Karang kena serang dengan Devi buat naya aku je." Tawa Yutha kian reda. Devi tu girlfriend Syasya.
Syasya ketawa kecil.

Super Psycho Love (Volume 4, Chapter 1)

Chapter 1
Dua minggu berlalu. Kertas kerja sudah hampir sampai ke pertengahan jalan. Yutha mengeliat kecil. Dia memandang jam di dinding office. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aduh! Aku tak kemas barang aku lagi! Dia dah mengeluh dalam hati.
Setengah jam berlalu. Kertas kerja masih belum siap. Yutha menyimpan laptopnya. Esok dia boleh sambung, sekarang waktu balik. Tak ada pasal aku nak buat overtime. Membazir masa je. Dia mengatur  langkah ke arah lif pejabat. Butang lif ditekan kepada ground floor. Belum sempat pintu lif tertutup, kelibat lelaki setinggi 170 cm berlari ke arah lif. Yutha tersentak. Mujur dia sempat menekan butang open di lif. Kalau tidak, dah arwah dah lelaki itu kena kepit dengan lif. "Kau lambat apahal?" Soal Yutha sebaik sahaja lelaki itu memasuki pintu lif dengan amannya. "Aku pergi tandas tadi." Lelaki itu mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap tangannya yang basah. Bekas basuh tangan tadi. Yutha hanya mampu menggeleng. "Nasib baik tak jadi apa-apa."
Yutha membuka pintu kereta berwarna hijau itik itu. Syasya dilihatnya masih sibuk bersembang dengan Mr. Raj. Tadi Mr. Raj sempat bertanyakannya tentang progress kertas kerja. Dia mampu sengih sajalah. Sebenarnya dah dua minggu dia tak bercakap dengan Rovin semenjak insiden menampar hari tu. Marah, geram dan malu bercampur menjadi satu. Syasya pula dengan bangganya mengelurkan saranan bajet yang dikeluarkan Vatika Business Company sekali dengan report debit. Untunglah jadi lelaki. Tak ditindas macam aku ni.
"Oh I'll see you this weekend." Yutha mengangkat muka memandang ke luar tingkap. Bulat matanya memandang figura dua lelaki di luar kereta itu. Rovin dan Syasya! Sejak bila mereka berkenalan dengan each other? How close are they? Dalam hatinya dah sarat dengan kerisauan. Bimbang sekiranya Rovin menceritakan kisah peribadi mereka berdua.
"Oh, as usual?" Lelaki itu ketawa kecil. Aik? Lelaki serius katak macam ni boleh ketawa? Yutha dah jatuh rahang. "Your treat. As a reward for my amazing job."
"I thought the underlings were supposed to be nice to their boss." Lelaki itu sengih serba-salah. "You're the boss. Of course you're the one that gonna pay." Syasya ketawa sebelum membuka pintu kereta.

Khamis, 12 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 3, Chapter 3)

Chapter 3
Dia menanti kehadiran Rovin dengan penuh sabar. Sedari tadi lagi dia asyik berdiri di hadapan pintu pejabat lelaki itu. Hatinya sarat dengan debaran. Bimbang sekiranya lelaki itu akan memarahinya kerana silap timing.
Figura lelaki tampan berjalan menghampirinya mematikan lamunannya. Dia menukar posisi berdiri. Menjadi lebih formal. Supaya kerisauannya tidak kelihatan.
Tubuh dan wajah Yutha langsung dia tak perasan. Dia menolak pintu biliknya lalu menonong masuk ke dalam. Yutha yang masih menanti dah mula frustrated. Ai… buta ke lelaki ni? Aku yang punyalah besar ni dia boleh tak perasan? Dia mengetuk pintu bilik lelaki itu tanpa belum sempat lelaki itu mengambil tempat di mejanya.
Rovin terkesima sebentar. "Come in," ucapnya tanpa sedar. Tak perasan yang gadis itulah yang menantinya. Besar bukaan matanya apabila melihatkan siapakah gerangan yang menolak pintu bilik. Yutha menghampiri lelaki itu perlahan. Di wajahnya terselit senyuman. Lelaki itu mula geram. This girl, why does she smile in front of me?
"So, what makes you come here?" Lelaki itu memulakan bicara. Macam selalu. Dia melonggarkan tali lehernya. Tak tahu kenapa, tiba-tiba tubuhnya berpeluh. Gadis itu masih dengan senyuman di wajahnya. "So, how was it?" Dengan penuh gembira dia bertanya.
"How? What do you mean?" Balasnya acuh tak acuh. Dia duduk di atas meja dengan fesyen silang kaki. "The presentation! How was it?"
"Oh, it was ok." Reaksi wajah Yutha berubah. "Ok?" Dia tak puas hati. Angguk. "Yeah, it was ok." Rovin membalas tanpa perasaan. He didn't pay that much attention, so he can't evaluate that much. "Really? Just ok?" Soalan bertalu-talu itu somehow membuatkan Rovin marah. Dia menjengilkan mata le arah Yutha. Muncung mulut Yutha apabila dimarahi begitu. "Really, you should learn how to compliment people well." Gumamnya. "I never compliment people that much before."
"You did! Before! Remember? Back when we're still talking to each other. Oh yeah, and that model girl too. I bet you compliment her." Mereka berpandangan seketika. "I didn't compliment her, she really is beautiful. Well, I did compliment my friends."
"So right now, I'm just a 'people'?" Soal Yutha sebelum ketawa tanda tidak percaya. "We're not friends anymore."
"Even though you go to the toilet often. Let me guess, you get a boner because of me, again? Multiple times?"
Diam Rovin mengundang kemarahan Yutha.
"How dare you!" Dia menampar lelaki itu sebelum pergi.

Super Psycho Love (Volume 3, Chapter 2)

Chapter 2
"Letih?" Tegur Syasya sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta. Dia tak menjawab. Mengangguk pun tidak, geleng pun tidak. "Hari ni kita share lunch. Semalam aku pulun sangat buat paper work, aku terlajak tidur." Putus Yutha. Syasya tak memprotes. Tahu sangat dengan komitmen kerja Yutha yang memang penting itu.
"Kau work hard sangat ni, macam bos kita tu." Mata masih memandang ke arah jalan. "Bos kita? Mr. Raj?" Yutha memandang ke arah Syasya yang masih menumpukan perhatiannya pada jalan. "Bukan. Encik Baptist tula. Tadi aku tengok stress betul dia masa meeting."
"Orang bujang, macam tula." Yutha angkat bahu. Syasya memandang Yutha sekilas. "Mana kau tahu dia bujang weh? Kau tanya ke?" Gulp! Yutha telan air liur. Hampur kantoi! "Lelaki, kalau dah single tu mesti cepat stress. Aku pun tahulah benda-benda macam ni." Laju dia menepis statement Syasya itu. "Ya ke? Tapi aku tengok lain macam je stress dia. Macam orang kehilangan bini je." Syasya memulas stereng. Kereta membelok ke arah kanan. Yutha angkat bahu. "Entah." Dah lapan tahun lelaki itu meninggalkan dia, boleh jadi dia ada jumpa orang baru. Tiba-tiba hatinya tersentap. Macam dicucuk-cucuk, disiat-siat menjadi kain terkoyak. Tanpa sedar dia memegang dadanya.
Yutha kembali ke kubikelnya setelah selesai makan. Orang ramai pula hari ini. Mungkin sebab hari ini ada presentation dan meeting kut. Mujur dia cuti hari ni, jika tak mesti tak selesa nak solat dalam keadaan orang ramai sebegini.
Dia memandang jam di pergelangan tangan. Ada sejam lagi sebelum presentation bermula. Maknanya dia ada masa lagi untuk buat preparations. Dia menyusun kertas dalam keadaan sedikit kelam kabut. Kertas itu disimpan di dalam fail supaya tidak berkedut. Dia meneliti kertas itu lagi. Memikirkan ayat apa yang patut diucapnya. Inilah kali pertama dia memperkenalkan dirinya kepada semua pekerja syarikat itu, jantungnya sedikit berdebar. Dahlah dia seorang bangsa lain. Orang lain semua India! Dia diberitahu oleh Syasya bahawa hampir kesemua orang di syarikat menggunakan bahasa Inggeris. Dalam hati dia mengucap syukur.
Dia mengatur langkah ke dalam bilik mesyuarat itu dengan penuh keyakinan. Busana yang berjaya ditukarnya selepas lunch tadi menambahkan keyakinannya. Baju kurung berwarna hitam dan tudung merah. Kot doktornya elok tersarung di tubuh. Lipstik merah dicalit ke bibir. Menambahkan aura.
"Good afternoon, ladies and gentleman." Presentation pun bermula.
He can't take off his eye from that girl. She's so fascinating to look at. Red and black. Aren't that vampire wardrobe? With those red lipstick. Is she trying to seduce him?
"As you can see, it is a great way for both of our country to strenghthen our relationship with each other. As a small ambassador, I'll do my best to connect both of us and show all good side of us Malaysians." Yutha mencuri pandang ke arah Mr. Raj. Lelaki berusia empat puluhan itu nampaknya begitu berpuas hati dengan jaminannya.
Dia memandang pula ke arah Syasya. Syasya tersengih-sengih memandangnya. Gelakkan akulah tu! Dia memuncungkan mulutnya tanda geram terhadap Syasya. Syasya mengenyitkan matanya sambil ketawa kecil.
Rovin yang memandang keakraban mereka berdua manahan geram dalam hati. So close! I'm so envious! Perubahan fizikalnya langsung tak dihiraukan. Memikirkan tentang gadis itu terkadang membuatkannya marah juga. She's no longer with me, so why does it stands so high?
Dalam diam, dia mencuri pandang ke arah Rovin. Lelaki itu nampak betul-betul stress. Niatnya untuk bertanya tentang prestasinya terbantut. Kiranya selepas inilah dia bertanya.

Super Psycho Love (Volume 3, Chapter 1)

Chapter 1
Rovin menyandarkan beg kerjanya di kerusi. Tanpa sedar, dia melepaskan keluhan. Full house, again. Today, a lot of people are coming to the office. The meeting will be held at eleven in the morning. After lunch, that girl will present her proposal in front of him. The proposal that he checked.
Dia memandang jam di dinding. That girl is still not here. Where did she go?
Yutha meletakkan baldi di bawah puting susu lembu betina tersebut. Gemuk betul lembu ini. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan kerja memerah. Okay! There is no health problem! Dia berdiri sambil memandang petugas ladang yang dah nervous tahap tak ingat itu. "So far, the milk quality seems to be okay. May I check the factory?" Pintanya.
India masih mengamalkan cara penjagaan lembu yang unik. Jadi ada baiklah jika dia memeriksanya terlebih dahulu. "Sure, miss." Dia diiringi Farhan ke kilang. Di situ, botol susu tersusun di rak. Mesin lama masih berfungsi dan sedang membersihkan botol. Ada mesin yang mengisi susu ke dalam botol. Ada yang memasang penutup botol tersebut. Sungguh, semuanya mesin lama.
Dia memandang kilang tersebut dengan perasaan penuh puas hati. "Is there any lab? Where you can check the pasturised milk quality?" Soalnya sambil memandang Farhan. Lelaki itu nampak terkulat-kulat cuba memberi jawapan. "Unfortunately, there isn't any lab. We're a very small company." Yutha mengeluh hampa mendengarkan jawapan itu.
"Well, if that the case…" Dia menghampiri meja usang di kilang tersebut. Beg yang digalas di bahu diletakkan di atas meja selepas meja tersebut telah dibersihkan. Farhan memandangnya dengan penuh terkejut.
"What are you doing, miss?" Soalnya penuh kaget. "Creating a lab, obiviously." Balas Yutha, yang masih sibuk mengeluarkan test tube, rak tabung uji, dropper, larutan benedict, dan larutan iodine. Tak sampai sejam, semua barang telah berjaya dikeluarkan. "May I?" Dia mencapai sebiji botol susu. Sedikit sampel susu dituang ke dalam tabung uji. Eksperimen dimulakan.

Ahad, 8 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 2, Chapter 5)

Chapter 5
Rovin menghempaskan beg kerjanya di tepi pintu. Ibunya yang sedang sibuk di dapur langsung tidak diendahkan. Keletihan semakin kian terasa. Dia membuang stokin yang dipakainya. "Dinner will be finished in 10 minutea. Do you want mum to make tea or you want to make it your own?" Wajah wanita separuh abad itu dipandangnya sekilas. Dia menggeleng. "No, mum. I'll make it my own." Dia melonggarkan tali leher yang dipakainya. Wanita tua itu kembali mencari talam di dalam kabinet dapur.
Rovin menapak ke dapur. Air panas yang telah dijerang dituang ke dalam cawan yang telah diletakkan uncang teh. Seketika kemudian, air itu bertukar warna, menjadi coklat gelap. Dia mengambil tempat di meja dapur. Air teh panas itu dicicipnya perlahan. Fikirannya masih menerawang ke arah gadis tadi.
What is she thinking? Her face looks pinkish. She even averted my gaze. Her glance looks different. Could it be… that she's thinking about that? Matanya kian membulat. Teh diletakkan di atas meja. "Ouch!" Tangannya terkena teh panas. Refleks dia mengangkat tangannya. However, fikirannya tentang gadis itu masih belum pudar. Is she really was thinking about that? Impossible. No no no. It's possible. What if I also started to think about it?
"Perverted! Old looking guy!" Mesej-mesej itu kembali menerjah ke dalam mindanya. Ah, mesej yang membuatkannya marah. Oh sh!t! It's standing. I'd better go and used the toilet now. I can't stand it any longer, I might even go to sleep.

Super Psycho Love (Volume 2, Chapter 4)

Chapter 4
Aduh… macam manalah boleh terbayang benda itu tadi?! Yutha dah menggosok kepalanya kasar. Malu! Tak tahu nak sorok muka dekat mana. Dia meraup wajahnya. Serta-merta dia mengeluarkan cermin bedak kompak dari dalam beg tangannya. Dia ingin melihat sama ada wajahnya berubah atau tidak. Aduh… tulang pipinya ternaik. Tapi wajahnya tak blushing. Bagus! Dalam hati dia bersyukur.
Bunyi derapan tapak kaki mendekatinya. Dia mengangkat muka. Wajah Rovin betul-betul berada di depan matanya. "You leave this." Lelaki itu meletakkan fail berwarna kuning di atas meja Yutha. Tanpa menghiraukan Yutha yang masih blank, lelaki  itu bergerak meninggalkannya.
"Kau ni apahal? Muka awkward semacam je hari ni. Aku tanya sepatah pun jawab sepatah je." Teguran Syasya itu langsung tak diendahkan oleh Yutha. Dia masih belum mengangkat wajahnya memandang Syasya hari ini. Syasya menyandarkan lengannya di dinding. Dia masih belum mendapat jawapan yang membuatkannya berpuas hati. "Aku sibuklah. Tak nampak ke ni." Gadis itu masih sibuk menulis draf kertas kerja. Syasya masih tidak berpuas hati. Dia cuba merampas kertas kerja Yutha. "Ish! Janganlah!"
"Haa... baru nampak muka kau." Yutha mencebik. "Lah, tu je ke." Dia berpusing menghadap meja semula lalu menongkat dagu.
"So, macam mana tadi tengok binatang? Berbaloi tak dengan projek kita?" Soal Syasya. Oh, nak tanya pasal tu ke. Tu kira hal penting juga tu. "Ok je. Kebanyakan mereka sihat. Diorang cuma require medical checkup dari semasa ke semasa je. Yang lain dah settle." Tenang Yutha berbicara. Dia memandang Syasya.
"Baguslah tu. Ni yang kau tiba-tiba jadi tak professional dengan aku ni kenapa?" Gulp! Serta-merta ingatan pada peristiwa tadi boleh menerjah ke dalam kepala. Bayang Rovin sewaktu mereka bersama kembali berada di minda. Takkanlah aku nak beritahu Syasya yang aku pernah ada hubungan dengan dia! Jatuh saham aku! Yutha dah tak tahu nak kata apa.
"Jadi?" Syasya berpeluk tubuh. "Errr… teringat kisah lama." Hanya itu yang mampu dijawab oleh Yutha. "Aku tahulah aku ni handsome. Tak payahlah nak kenang zaman kita bercinta dulu…" Syasya dah membebel. Wajah Yutha bertukar. Daripada malu kepada marah. "Kita? Bercinta? Sejak bila pula aku ada hati dekat kau? Ke kau yang suka dekat aku dulu?" Dia hampir-hampir ketawa. Syasya turut ketawa. "Dah tu? Dengan siapa lagi kau nak bercinta kalau bukan dengan aku?"
"Bukan kau. Orang lain. Kisah lama. Dahlah. Aku malas nak cerita. Pergi buat kerja nuh." Dia menghalau. Syasya ketawa kecil. "Kerja aku dah siap untuk hari ni. Kira lepas ni aku meeting bertiga dengan boss tu la." Yutha memuncungkan mulutnya. "Bestnya…  aku kira nak buat kertas kerja je dekat sini."
"Kiranya esok kau pergi ladang ke?" Angguk. Matanya menghantar Syasya  beredar.

Super Psycho Love (Volume 2, Chapter 3)

Chapter 3
Yutha menyusun semua fail yang ingin diambilnya. Fail berwarna kuning yang berisi kertas itu diambilnya lalu kaki mengatur langkah ke sebuah bilik yang teramatlah familiar. Bilik yang tertera tulisan 'Manager' itu dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Dah tahu siapa yang ada dalam bilik tersebut.
"Good morning, Mr Baptist, Mr. Thiru." Kedua-dua lelaki yang sedang sibuk berbual itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Yutha memberikan senyuman yang manis kepada mereka. Walaupun dia tahu yang dia tak sepatutnya senyum di hadapan Rovin! "Good morning." Rovin angkat muka sekilas, sebelum menumpukan perhatian pada kerjanya. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Hatinya berdegup kencang!
"Oh, Yutha! Wait a minute. I'm cleaning up my mess first." Syasya dah bangun. Jarang nak dengar Syasya menggunakan bahasa Inggeris bila bersamanya, mungkin dia melakukan sedemikian kerana Rovin berada di sini.
Yutha tak ambil pusing. Kakinya diatur mendekati Rovin. Dia meletakkan fail berwarna kuning di atas meja sebelum mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.
Pemergian Syasya membuka ruang untuk keduanya berbicara.
"You've gotten bold. I haven't even said anything." Komen Rovin. Yutha hanya tersenyum menang. "What do you expect? It's us." Dia menyilang kakinya.  Rovin langsung tak mengendahkan ayat tersebut. Dia mencampak fail yang dibuka tadi ke tepi. "So, what brings you here today?"
Wajah Yutha terus bertukar. 180 darjah. Daripada tegang tadi kepada ceria. Dia megeluarkan beberapa helai kertas daripada fail yang berwarna kuning itu. "Here's the health report as a progress." Lelaki itu meneliti setiap bait perkataan yang tertera di atas kertas yang dihulurkan Yutha. Semua, daripada berat badan, peratusan lemak, umur dan cap hidung serta kualiti susu. Di hatinya terselit rasa puas hati.
"By the way, have you ever visited the farm? It looks kinda empty." Lelaki itu mengangkat muka, memandang Yutha. "I rely it completely on my worker. Why? If you're talking about it being empty, it's always like that." Yutha menggeleng. "No, it just that, I feel like you should visit the farm too. Mind me if I bring you there?" Pelawa Yutha. Pelawaan itu disambut dengan gelengan. "No thanks. I will go there myself." Mereka tersenyum.
"I'm not a doctor, so I can't evaluate the health report. But what about the paper work? You should already begin it." Rovin menghulurkan semula health report kepada Yutha. "I haven't even finish the introduction yet. Once I've done it, I'll bring it for you."  Yutha menyimpan semula health report. Mereka bertentang mata seketika.
Sesuatu imej terus menerjah masuk ke dalam kepala Yutha. Entah kenapa dia terasa malu pula. Segera dia bangun, mahu meninggalkan lelaki itu. Tetapi Rovin lebih pantas, lengan Yutha ditariknya, memaksa Yutha untuk berhenti. "What else?!" Agak tinggi nada suara Yutha. "What's on your mind? Why with the hurry?" Soal lelaki itu. "Nothing. I just want to finish the job quick. That's all. Now, let go of my hand." Jelas daripada nada suaranya menunjukkan yang Yutha cukup tidak suka akan perbuatan lelaki itu.
Tetapi sebaliknya, Rovin malah berdiri. Lengan Yutha masih berada di dalam genggaman tangannya. Something is wrong, desisnya. What is she thinking about? Dia cuba memandang Yutha yang dah menundukkan wajahnya. Tak sanggup nak tengok wajah lelaki itu! Yutha menjeling lelaki itu sekilas, ai… tak faham bahasa ke dia ni… dia memandang pula lengannya yang dipegang lelaki itu. Rovin yang masih tak faham bahasa itu masih cuba untuk mencuri anak mata gadis itu. Nampak malu-malu dan kelihatan seperti tidak mahu memandangnya.
"Excuse me, Rovin. About this…" suara lelaki yang sangat familiar kedengaran dari luar. Yutha tersentak. Itu suara Syasya! Rovin turut tersentak. Refleks Yutha menarik lengannya sehingga lengan itu berjaya dilepaskan oleh Rovin.

Super Psycho Love (Volume 2, Chapter 2)

Chapter 2
Pejabat macam biasa, sunyi semedang. Yutha meletakkan beg laptop di atas kerusinya. Sebentar tadi, dia baru saja menunjukkan progress report kepada Mr. Raj. Kembang hidungnya semangkuk apabila dipuji Mr. Raj tadi. "Great job! I can always rely on you, Yuthasak. Congrats for making it this far." Pujinya. Yutha hanya tersenyum membalas pujian Mr. Raj itu.
Tetapi ada suatu benda yang dia baru perasan, mana Syasya? Dah dekat setengah jam dia ada dekat office ni, Syasya langsung tak datang menegurnya. Dia bangun, lalu mengatur langkah ke pantri. Di situ, susuk lelaki yang berbadan cantik sedang mengacau mug berasap.
"Hey." Dia mendekati lelaki itu.
Mendengarkan namanya dipanggil, Rovin menoleh. That voice sounds familliar… "Oh, it's you. Hey." Mendatar suaranya. Macam kecewa. Yutha ketawa kecil. "Yes, it's me. Were you expecting someone else? Disappointed?" Dia ketawa.
Rovin masih dengan muka mendatarnya. Langsung-langsung dia tak memandang ke arah Yutha yang sedang berdiri betul-betul di sisinya. Ala-ala berkepit. "No. Nothing. So, what do you want from me?"
"I'm looking for Syasya. Have you ever seen him?" Syasya? Buat kali pertama dia memandang ke arah gadis kacukan itu. Dengan wajah penuh keliru. Do we even have someone named like that here? "Who? Syasya? Who is that person?"
Yutha menepuk dahi dalam hati. Aduh... silap timing dan venue. Macam manalah dia boleh terkantoikan nama Syasya dekat sini? Terlalu comfortable dengan lelaki ini! Ngaaa…
"No no no! I mean, Ganesya. Mr. Thiru." Dengan penuh serba salah dia bersuara. Tangannya digawang-gawangkan ke udara dengan penuh laju. Tanda dia memang betul-betul telah membuat kesilapan di waktu itu.
Rovin yang memandang telatah gadis ini dah rasa macam nak ketawa. Ganesya is Syasya? Damn! Girl, thanks to you, now I have something to tease him with…
"Oh, you mean him? He's in my office. There's something wrong with the bills, so I'm keeping him there so that he can fix it." Ujarnya sambil mencicip kopi.
Yutha hanya mendengar lalu mengangguk. Kalau bos dah simpan dia, aku tak boleh nak buat apa. Dia mengukir senyum nipis. "Thank you." Dia mengatur langkah meninggalkan Rovin yang sedang memandang setiap langkah yang diaturnya.

Super Psycho Love (Volume 2, Chapter 1)

Chapter 1
"Hari ni nak aku hantar ke mana?" Soal Syasya sebaik sahaja Yutha masuk ke dalam perut kereta. Pastilah kerana pakaian Yutha yang lain daripada yang lain itu.
"Ke Vatika's farm." Dia menunjukkan jalan kepada Syasya. Hari ini dia mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna hijau dengan tudung pink. Kot doktornya yang berwarna putih turut dikenakan.
"Okay." Kereta menderu laju. Membelah kota.
Yutha mengucapkan terima kasih kepada Syasya sebelum menutup pintu kereta.
Dia mengatur langkah dengan penuh yakin menuju ke arah kandang lembu yang dimaksudkan itu. Dia menyapa lelaki yang berdiri di pagar kandang itu dengan senyuman. "Good morning." Sapaannya dibalas.
"Good morning, miss."
"It's Yuthasak. And your name?"
"Farhan. Farhan Kutreshi."
Mr. Kutreshi, good morning. Nice to meet you."
"Thank you. And nice to meet you too, miss Yuthasak."
"I come here to visit the cows. May I take a look at them?" Pinta Yutha. "Sure. Come in." Pelawa lelaki itu. Yutha membawa masuk kit doktor bersamanya. Dan beg kerjanya.
Yutha mengatur langkah ke pejabat. Tadi dia selesai melihat sejauh mana tahap kesihatan lembu yang diternak. Dapat juga dia memberi sijil pengesahan kedoktorannya kepada penyelia ladang itu.

Jumaat, 6 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 1, Chapter 5)

Chapter 5
"So, macam mana dengan bos tu?" Soal Syasya. Dia sedari tadi sedang menanti kehadiran Yutha ke tempatnya. "Okay je. Walaupun bos tu kerek sikit." Dia mengangkat bahu. Tak kisahlah walaupun bos itu menyakitkan hati pun, yang penting kerja beres!
"So? Macam mana dengan proposal kau?" Soal Syasya. "Bos suruh buat improvements. Lepas tu, kita proceed!" Ujar Yutha riang. "Good for you." Syasya senyum lega.
"Okaylah, aku nak sambung buat kerja. Esok aku nak pergi melawat kandang dia kalau boleh."
Syasya mengatur langkah pergi. Yutha kembali mengambil tempat di mejanya.
Yutha mengerling jam di tangannya. Dah masuk waktu minum petang. Kelam kabut dia bangun lalu mengemas mejanya yang berselerak. Dia ingin menunaikan solat fardhu Asar.
Zip seluar ditarik naik ke atas. Dia membersihkan mangkuk tandas. Selesai menggunakan tandas, dia mencuci tangannya. This girl is really good at this, even after all this time… dia mengeluh.
Langkahnya ke kubikel terhenti apabila dia ternampak susuk tubuh berpakaian warna putih daripada atas ke bawah sedang sujud. Dia memandang tubuh itu dengan penuh curious. Langkahnya lalu diatur mendekati tubuh itu.
Yutha memberi salam terakhirnya. Huh? Terkejut dia apabila terlihat Rovin sedang memerhatikannya dari jarak dekat. "What are you doing?" Soal lelaki itu. "Praying." Pendek dia menjawab. Telekung dilipat.
"Here? I thought Muslims only pray at mosque."
"There's more to us that you don't know, Mr. Baptist." Deep dan ringkas.
Matanya menghantar lelaki itu ke kubikelnya.
Yutha hanya membiarkan. Kelibat Mr. Raj menghampirinya mematikan lamunan. Wajahnya terus bertukar kepada ceria. "So, how's the proposal?"
"He said he'll accept it. I just need to edit it. I want to finish it today. Tomorrow I want to visit the farm." Kerjanya ialah doktor haiwan, bukan ahli perniagaan. Hal kesihatan ternakan lebih penting berbanding hal remeh seperti proposal.
"Good job. Make it quick."
Kementerian Pertanian dengan kerjasama Kementerian Kesihatan ingin mengadakan projek ternakan besar-besaran sempena program susu Malaysia. Malaysia perlukan bekalan susu segar daripada India. Lembu ternakan milik India memang sihat dan gemuk-gemuk belaka. Memang sesuai untuk projek mereka. Dan Vatika Business Company yang menyediakan perkhidmatan green environment dan mempunyai biaya yang cukup memang sesuai untuk dijadikan syarikat kerjasama sepanjang mereka di bumi India ini.
"I'll do my best." Jamin Yutha.
Selesai menghantar proposal yang dah siap, dia mengemas barangnya. Teringatnya tadi lelaki itu ke tandas tadi. Pastilah masalahnya sudah selesai.

Super Psycho Love (Volume 1, Chapter 4)

Chapter 4
Yutha terdiam seketika, cuba berfikir. Seketika kemudian, mentol menyala muncul di atas kepala. "I see! You're the Rovin! As I thought… company manager. It should be you. Vatika Business Company. It's the place you work, right?"
"Oh…" lelaki itu tersenyum sinis. "So you finally remember huh? Now you finally understand how uncomfortable I am right now?" Tajam lelaki itu bersuara. Huh? Yutha menundukkan kepala melihat apa yang dimaksudkan. "It's really hard being with you. Especially at times when we're alone like this." Matanya masih tak lepas memandang proposal itu.
"There's a few improvements to be made. Tons of typos. Fix it. Use a better English next time." Dia meletakkan proposal itu di atas meja ala-ala campak. Yutha memandangnya dengan riak tak percaya. Susah nak percaya. Ada kesalahan? Mustahil! Setahunya, dia dah periksa semua kesalahan sebelum dia bertemu lelaki itu tadi. "Show me."
"Here. Let me circle it." Dia mencapai pen lalu membulatkan kesalahan yang dimaksudkan.
Yutha memandang dengan riak tak percaya. Banyaknya! Lelaki itu menyimpan pennya. Dia mengukir senyum senget. Yutha hanya mampu memandang dengan wajah sebal. "That's right. It's always right if it's you." Perlinya. "That's not true." Bidas lelaki itu. Yutha hanya membiarkan. Mendiamkan diri. Lelaki itu, kalau diajak berlawan bicara, sampai esok pun tak habis.
"So, does that means it's a yes?" Soalnya dengan senyuman. "Listen, I'm accepting it as a chance to expand the business, not because of you." Tegas lelaki itu. Yutha hanya mampu senyum. Dia tak peduli. Yang penting, supply dapat!

Rabu, 4 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 1, Chapter 3)

Chapter 3
Dia memandang Syasya yang baru keluar dari bilik bos dengan senyuman. Kalau dah senyum tu maknanya okaylah tu. Dengan penuh yakin dia mengatur langkah ke bilik yang ingin dituju, sebelum mengetuk pintu bilik bos tersebut.
"Come in." Suara lelaki menyahut dari dalam. Jantungnya kian berdebar. Dia mengatur langkah perlahan-lahan masuk ke dalam. Wajah lelaki yang memandangnya itu nyata terkejut. Tidak sangka yang gadis ini akan menjadi pengurus projek. Akan berkepit dengannya selepas ini di pejabat. He legit wants to kill himself. Out of all human beings on this world, why this girl? Ganesya must have been much better. Dia mengeluh dalam hati.
"Good afternoon, Mr. Baptist."
Well, business is business. "Good afternoon, Miss Yuthasak. Have a sit." Yutha menganggukkan kepalanya sebelum mengambil tempat berhadapan dengan lelaki itu. "So, with you being here, it must means that the proposal is finished right?" Soal lelaki itu sambil tersenyum. Kacak lelaki ini. Mukanya boleh tergolong dalam kategori lelaki hindustan. Yutha kembali ke alam nyata.
"Yes, it's finished." Tapi kenapa macam dia rasa dia pernah nampak lelaki ini? Dia mengeluarkan beberapa helai kertas lalu memberikannya kepada lelaki itu. Surat pengesahan dan surat permohonan.
"This is a few words from our ministry. We hope you can agree to it and accept our demands." Surat pemohonan itu diteliti Rovin. "Oh, and that's my certificate. In case you need it."
Lelaki itu menghulurkan surat pengesahan kepada Yutha kembali sambil tersenyum. "I see, so does that means they're sending the best vet they could find?"
"I may be young and lack in experiences, but I can guarantee you I won't disappoint you and this company." Jamin Yutha. Wajahnya serius. Dia memandang tepat ke dalam mata lelaki itu. Terkejut dirinya dipandang sebegitu rupa, Rovin memperbetulkan duduknya. Rasa tidak selesa apabila dipandang gadis itu.
"Hmmm… let me see the proposal first. Later I'll give you the answer."
Yutha mengangguk. "Yes, please take your time."
Angguk. Lelaki itu menumpukan perhatian pada bacaannya. Kesempatan itu diambil oleh Yutha untuk melihat pejabat milik Rovin ini. Cantik. Berwarna krim. Ada dua gambar bermotifkan seni batik tergantung di dinding pejabatnya. Pasti lelaki ini begitu minat dengan budaya Malaysia.
"By the way sir, you remind me of someone I used to know." Rovin mengangkat kening sebelah. "Oh, the name's Rovin Baptist. Does that reminds you to someone?"

Super Psycho Love (Volume 1, Chapter 2)


Chapter 2
Huargh! Dia menahan kuap. Agaknya dah hampir dua jam dia terperap menaip proposal ni. Dia memandang pula jam di pergelangan tangan. Betullah. Dah dua jam. Dia membuka telefon bimbitnya, melihat sekiranya ada mesej masuk. Tak ada personal mesej. Kebanyakannya mesej dalam group saja.
"Weh. Dah siap?" Yutha berpaling. Tubuh tinggi Syasya berdiri di sebelahnya. Lelaki itu menunduk untuk merehatkan lengannya di atas meja Yutha. "Belum." Yutha menyimpan telefon. "Kau tu. Laporan kewangan macam mana?" Syasya ditugaskan untuk menyiapkan laporan kewangan syarikat. "Ada lagi sikit."
Yutha mengangkat kening. "So? Kau datang sini nak apa?" Ketawa Syasya pecah. "Kau ni macam tau-tau aje." Wajah selamba Yutha itu dipandangnya. Ketawanya masih belum surut. "Ni, aku nak mintak tolong kau jadi jurucakap kita. Aku tak berkarisma macam kau. Please…" pinta Syasya. Yutha memandang Syasya dengan wajah cengil. "Kau nak aku jadi represantative syarikat?" Angguk. "Sorry but no." Pendek dan tegas. "Kenapa?"
"Aku tak bekerja bawah syarikat kau. Aku bekerja bawah kementerian okay. Aku ni duta. Lagipun, aku bukannya orang bisnes. Aku ni kan doktor je." Malas dia menjawab. "Tapi aku tak convincing macam kau..."
"Ala, kau sembang hal bisnes sudahlah. Lagipun, convince tu kerja kita dua. Kau convince dia dengan cara kau, aku dengan cara aku. Ada faham?" Syasya mengangguk. "Aku dengar bos tu orang muda. Genius. Strict and meticulous. Tu yang aku nervous tu." Yutha mengangkat kening sebelah kanan. Meticulous? Macam aku je tu. "Ala, kau jangan risaulah. Aku akan pastikan Malaysia dapat supplier tu. Lagipun, ni kerja aku." Senyum penuh yakin Yutha itu mengundang kelegaan di hati Syasya. Kalau  sahabatnya itu berjanji, pasti akan dipenuhi.
Yutha menyambung kerjanya lagi. "Pukul 12 nanti waktu lunch. Kau bawak nasi aku kan." Dia senyum kelat. "Ye…." Jawabnya penuh meleret. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 11 setengah. Ada lagi setengah jam. Goal Yutha hari ini, dia ingin menyiapkan proposal sebelum lunch. Nanti lepas ini, bolehlah dia berkenalan dengan bos itu.
"Akhirnya! Dah siap pun proposal aku!" Dia senyum bahagia. "Seronoknya orang tu…. Hah! Mana nasi aku?" Perjanjian mereka berdua. Syasya akan menjadi driver manakala Yutha akan menjadi tukang masak. "Ni." Dia menghulurkan mangkuk tingkat comel kepada Syasya. "Sedapnya bau… kau masak apa? Wah! Kari ikan!" Syasya dah excited. Yutha ketawa kecil melihatkan telatah Syasya. Macam budak-budak. "Aku pun dah siap. Betullah kau cakap.  Buat apa aku nak stress? Pengurus projek, kau. Boss kita, Mr. Raj. Eh silap! Bos aku. Kau kan kerja kerajaan." Syasya sengih mengusik. Wajah Yutha bertukar  menjadi cemberut. "Tula. Jadi doktor pun dah macam jadi businessman."
"Silap tu. Kau businesswoman." Syasya dah ketawa. Nasi disuap ke dalam mulut. "Kiranya nanti kau nak jumpa boslah?" Angguk. "Kau jumpa dulu. Kau kan lelaki." Wajah cemberut Syasya dipandang dengan ketawa. "Sexism tu." Tawanya reda. "Ala, lelaki dengan lelaki kan cool sikit. Aku ni perempuan. Takut jadi emo nanti. Kan susah."
"Yalah tu." Masing-masing nervous nak berjumpa dengan bos mereka.

Selasa, 3 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 1, Chapter 1)


.Chapter 1
Dia merenung wajahnya di cermin agak lama. Descent ke tak ni? Jam di dinding berwarna emas itu direnung. Sudah pukul 8 pagi. Kelibat orang yang ditunggu-tunggu masih belum  sampai. Dalam hatinya separuh mengeluh. Cepatlah sampai Syasya oi… dahlah  hari ni first day at work. Karang dapat bad impression free aje. 
Dia dah terjenguk-jenguk memandang ke luar. Lama-lama lehernya dah boleh jadi panjang macam zirafah kalau macam ni. 
Sepuluh minit kemudian, bunyi enjin  kereta menderu masuk mengejutkannya daripada kepala yang hampir terlena. Mujur dia tidak terlena! Biasanya waktu macam ni dia tidur di atas katil empuknya. 
Dia mengatur langkah mendekati kereta berwarna hitam itu. Kelihatan seorang lelaki India yang tinggi dan tampan keluar dari perut kereta. Lelaki itu memperbetul letak rambutnya. 
"Lama kau tunggu? Sorry, aku terlajak tidur pagi tadi." Dia mengutarakan hal itu sambil tersengih. Yutha menjeling lelaki itu. Geram. Agaknya dah berapa lama dia pesan semalam, jangan lambat pagi ni. Mesti dia… "kau keluar minum ke semalam?" Soalnya dengan nada tegas. Macam pengawas pun ada. Syasya tersengih lagi, sambil menggaru belakang tengkuknya. Haih, Yutha melepaskan keluhan sambil keduanya masuk ke dalam perut kereta. 
Jalan tak sesak. Di India, kenderaan agak banyak, tetapi mungkin kerana mereka tinggal di bandar Bungalore ini, maka kenderaan tidak begitu banyak. Bandar ini pernah terkenal sebagai lokasi filem Three Idiots yang diminati ramai itu. 
Namun begitu lokasi mereka pada pagi ini bukan Engineering Academy yang terkenal itu. Tetapi bangunan bersaiz sederhana tinggi, tipikal business buiding. Bangunan yang kelihatan agak lama itu mengundang cuak di hati Yutha. 
Kedua-dua mereka keluar dari perut kereta. Syasya atau nama sebenarnya Ganesya segak mengenakan kemeja kelabu berbelang bersama tali leher putih. Lelaki tampan setinggi 170 cm itu bertambah segak dengan jambangnya yang dijaga kemas. Yutha pula mengenakan kemeja putih bersama tudung blue black. Kot blue black dipadankan dengan kemeja, tudung dan kain senyum yang dipakainya. 
Langkah diatur memasuki bangunan itu. Tubuh lelaki baya 40 an yang sedang berjalan memasuki lif disapa mereka. 
"Good morning Ganesya, Yuthasak. I see you arrived pretty late today? That's very unusual of you." Yutha dah rasa macam nak hantuk kepala ke dinding. Ngaa… alasan apa aku nak bagi dekat Mr. Raj ni? Syasya di sebelah kelihatan sedang tersengih-sengih  macam kerang busuk. 
"I'm sorry Mr. Raj, but this guy, he overslept today. I promise you that I'll make sure this thing won't happen again." Yutha menundukkan kepalanya sedikit. Wajah Mr. Raj berubah sedikit, menjadi memahami. Dia cukup kenal dengan Yuthasak, gadis itu terlalu tinggi disiplinnya. Jarang benar nak melihat gadis yang perfectionist itu melakukan kesilapan apatah lagi kesilapan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. "It's okay, and please keep your promises. I may be your boss now but after this I'm not anymore." Huh? "You'll meet the new boss. Our client." 
Lif tiba di destinasi yang dituju. Yutha dan Syasya membiarkan lelaki itu berjalan terlebih dahulu. Yelah, bos kan. Orang tua pula tu. Haruslah dihormati. 
Dia memerhati segenap ruang pejabatnya. Kosong. Biar betul. Tak ada orang ke dalam ni? Office yang punyalah besar seluruh alam ni boleh tak ada orang. Aik? Tapi ada orang. Seorang lelaki sedang duduk di kubikelnya sambil menyiapkan kerjanya. Lelaki itu langsung-langsung tidak perasan akan kehadiran mereka. Dahi Yutha berkerut seketika, masih keliru.
"Yuthasak, come. Let me show you your desk. After you're done preparing, please begin your work. I hope we can proceed this as fast as possible. Lagi cepat siap, lagi cepat awak boleh balik Malaysia." Buat julung-julung kalinya, Mr. Raj bercakap Melayu. Mendengarkan itu, Yutha tersengih. Mr. Raj memang best.
Mereka bertiga tiba di kubikel yang paling hujung, di bucu. Kubikel ini agak terlindung sedikit. Yutha meletakkan beg kerjanya di atas kerusi. Selepas mengucapkan terima kasih, kedua-dua lelaki itu bergerak pergi meninggalkannya bersendirian. 
Yutha mengeluarkan barang-barangnya. Sebuah laptop berjenama Acer berwarna silver dikeluarkan. Beberapa keping fail turut dikeluarkan. Ada fail yang kosong dan ada fail yang berisi. Laptop itu dihidupkan. Dia ingin menyiapkan kerjanya. Surat permohonan telah siap oleh Kementerian Pertanian dan surat pengesahan oleh Kementerian Kesihatan, cuma proposal dan kertas kerja je belum. Laju jari-jemarinya cekap menaip.