Chapter 2
Huargh! Dia menahan kuap. Agaknya dah hampir dua jam dia terperap menaip proposal ni. Dia memandang pula jam di pergelangan tangan. Betullah. Dah dua jam. Dia membuka telefon bimbitnya, melihat sekiranya ada mesej masuk. Tak ada personal mesej. Kebanyakannya mesej dalam group saja.
"Weh. Dah siap?" Yutha berpaling. Tubuh tinggi Syasya berdiri di sebelahnya. Lelaki itu menunduk untuk merehatkan lengannya di atas meja Yutha. "Belum." Yutha menyimpan telefon. "Kau tu. Laporan kewangan macam mana?" Syasya ditugaskan untuk menyiapkan laporan kewangan syarikat. "Ada lagi sikit."
Yutha mengangkat kening. "So? Kau datang sini nak apa?" Ketawa Syasya pecah. "Kau ni macam tau-tau aje." Wajah selamba Yutha itu dipandangnya. Ketawanya masih belum surut. "Ni, aku nak mintak tolong kau jadi jurucakap kita. Aku tak berkarisma macam kau. Please…" pinta Syasya. Yutha memandang Syasya dengan wajah cengil. "Kau nak aku jadi represantative syarikat?" Angguk. "Sorry but no." Pendek dan tegas. "Kenapa?"
"Aku tak bekerja bawah syarikat kau. Aku bekerja bawah kementerian okay. Aku ni duta. Lagipun, aku bukannya orang bisnes. Aku ni kan doktor je." Malas dia menjawab. "Tapi aku tak convincing macam kau..."
"Ala, kau sembang hal bisnes sudahlah. Lagipun, convince tu kerja kita dua. Kau convince dia dengan cara kau, aku dengan cara aku. Ada faham?" Syasya mengangguk. "Aku dengar bos tu orang muda. Genius. Strict and meticulous. Tu yang aku nervous tu." Yutha mengangkat kening sebelah kanan. Meticulous? Macam aku je tu. "Ala, kau jangan risaulah. Aku akan pastikan Malaysia dapat supplier tu. Lagipun, ni kerja aku." Senyum penuh yakin Yutha itu mengundang kelegaan di hati Syasya. Kalau sahabatnya itu berjanji, pasti akan dipenuhi.
Yutha menyambung kerjanya lagi. "Pukul 12 nanti waktu lunch. Kau bawak nasi aku kan." Dia senyum kelat. "Ye…." Jawabnya penuh meleret. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 11 setengah. Ada lagi setengah jam. Goal Yutha hari ini, dia ingin menyiapkan proposal sebelum lunch. Nanti lepas ini, bolehlah dia berkenalan dengan bos itu.
"Akhirnya! Dah siap pun proposal aku!" Dia senyum bahagia. "Seronoknya orang tu…. Hah! Mana nasi aku?" Perjanjian mereka berdua. Syasya akan menjadi driver manakala Yutha akan menjadi tukang masak. "Ni." Dia menghulurkan mangkuk tingkat comel kepada Syasya. "Sedapnya bau… kau masak apa? Wah! Kari ikan!" Syasya dah excited. Yutha ketawa kecil melihatkan telatah Syasya. Macam budak-budak. "Aku pun dah siap. Betullah kau cakap. Buat apa aku nak stress? Pengurus projek, kau. Boss kita, Mr. Raj. Eh silap! Bos aku. Kau kan kerja kerajaan." Syasya sengih mengusik. Wajah Yutha bertukar menjadi cemberut. "Tula. Jadi doktor pun dah macam jadi businessman."
"Silap tu. Kau businesswoman." Syasya dah ketawa. Nasi disuap ke dalam mulut. "Kiranya nanti kau nak jumpa boslah?" Angguk. "Kau jumpa dulu. Kau kan lelaki." Wajah cemberut Syasya dipandang dengan ketawa. "Sexism tu." Tawanya reda. "Ala, lelaki dengan lelaki kan cool sikit. Aku ni perempuan. Takut jadi emo nanti. Kan susah."
"Yalah tu." Masing-masing nervous nak berjumpa dengan bos mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan