Yutha menyusun semua fail yang ingin diambilnya. Fail berwarna kuning yang berisi kertas itu diambilnya lalu kaki mengatur langkah ke sebuah bilik yang teramatlah familiar. Bilik yang tertera tulisan 'Manager' itu dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Dah tahu siapa yang ada dalam bilik tersebut.
"Good morning, Mr Baptist, Mr. Thiru." Kedua-dua lelaki yang sedang sibuk berbual itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Yutha memberikan senyuman yang manis kepada mereka. Walaupun dia tahu yang dia tak sepatutnya senyum di hadapan Rovin! "Good morning." Rovin angkat muka sekilas, sebelum menumpukan perhatian pada kerjanya. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Hatinya berdegup kencang!
"Oh, Yutha! Wait a minute. I'm cleaning up my mess first." Syasya dah bangun. Jarang nak dengar Syasya menggunakan bahasa Inggeris bila bersamanya, mungkin dia melakukan sedemikian kerana Rovin berada di sini.
Yutha tak ambil pusing. Kakinya diatur mendekati Rovin. Dia meletakkan fail berwarna kuning di atas meja sebelum mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.
Pemergian Syasya membuka ruang untuk keduanya berbicara.
"You've gotten bold. I haven't even said anything." Komen Rovin. Yutha hanya tersenyum menang. "What do you expect? It's us." Dia menyilang kakinya. Rovin langsung tak mengendahkan ayat tersebut. Dia mencampak fail yang dibuka tadi ke tepi. "So, what brings you here today?"
Wajah Yutha terus bertukar. 180 darjah. Daripada tegang tadi kepada ceria. Dia megeluarkan beberapa helai kertas daripada fail yang berwarna kuning itu. "Here's the health report as a progress." Lelaki itu meneliti setiap bait perkataan yang tertera di atas kertas yang dihulurkan Yutha. Semua, daripada berat badan, peratusan lemak, umur dan cap hidung serta kualiti susu. Di hatinya terselit rasa puas hati.
"By the way, have you ever visited the farm? It looks kinda empty." Lelaki itu mengangkat muka, memandang Yutha. "I rely it completely on my worker. Why? If you're talking about it being empty, it's always like that." Yutha menggeleng. "No, it just that, I feel like you should visit the farm too. Mind me if I bring you there?" Pelawa Yutha. Pelawaan itu disambut dengan gelengan. "No thanks. I will go there myself." Mereka tersenyum.
"I'm not a doctor, so I can't evaluate the health report. But what about the paper work? You should already begin it." Rovin menghulurkan semula health report kepada Yutha. "I haven't even finish the introduction yet. Once I've done it, I'll bring it for you." Yutha menyimpan semula health report. Mereka bertentang mata seketika.
Sesuatu imej terus menerjah masuk ke dalam kepala Yutha. Entah kenapa dia terasa malu pula. Segera dia bangun, mahu meninggalkan lelaki itu. Tetapi Rovin lebih pantas, lengan Yutha ditariknya, memaksa Yutha untuk berhenti. "What else?!" Agak tinggi nada suara Yutha. "What's on your mind? Why with the hurry?" Soal lelaki itu. "Nothing. I just want to finish the job quick. That's all. Now, let go of my hand." Jelas daripada nada suaranya menunjukkan yang Yutha cukup tidak suka akan perbuatan lelaki itu.
Tetapi sebaliknya, Rovin malah berdiri. Lengan Yutha masih berada di dalam genggaman tangannya. Something is wrong, desisnya. What is she thinking about? Dia cuba memandang Yutha yang dah menundukkan wajahnya. Tak sanggup nak tengok wajah lelaki itu! Yutha menjeling lelaki itu sekilas, ai… tak faham bahasa ke dia ni… dia memandang pula lengannya yang dipegang lelaki itu. Rovin yang masih tak faham bahasa itu masih cuba untuk mencuri anak mata gadis itu. Nampak malu-malu dan kelihatan seperti tidak mahu memandangnya.
"Excuse me, Rovin. About this…" suara lelaki yang sangat familiar kedengaran dari luar. Yutha tersentak. Itu suara Syasya! Rovin turut tersentak. Refleks Yutha menarik lengannya sehingga lengan itu berjaya dilepaskan oleh Rovin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan