Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Khamis, 22 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 8 (Malu) Jenis-jenis Malu

Sepuluh Jenis Rasa Malu. 
  • Malu kerana melakukan kejahatan. 
  • Malu kerana merasa lemah. 
  • Malu kerana penghormatan. 
  • Malu kerana kemuliaan. 
  • Malu kerana malu-malu. 
  • Malu kerana merasa rendah dan hina. Terjadi kerana sebab berikut ini:
  1. Orang yang memohon memandang dirinya rendah dan memandang besar semua dosa dan kesalahan. 
  2. Orang yang memohon merasa bahawa tanggungjawabnya sangat besar. 
  • Malu kerana cinta. 
  • Malu sebagai hamba. 
  • Malu mendapatkan kelebihan. Didorong oleh dua sebab:
  1. Pemilik jiwa itu merasa tidak patut melihat pemberian yang dikeluarkannya. 
  2. Dia merasa malu kepada orang yang menerima pemberiannya itu sehingga dia seakan-akan berada dalam keadaan orang yang mengambil dan meminta. 
  • Malu kepada diri sendiri. 
Malu yang Tercela. 
Contoh: Malu dalam menuntut ilmu sehingga membuatnya menjadi bodoh. 
Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa Mujahid berkata, "Orang yang malu dan sombong tidak akan menuntut ilmu." Aisyah berkata, "Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, mereka tidak malu untuk belajar dalam rangka memahami agama."
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ahad, 18 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 8 (Malu) Definisi

  • Al-Jurjani berpendapat bahawa rasa malu adalah tertekannya jiwa daripada sesuatu dan berusaha meninggalkan sesuatu itu sebagai bentuk daripada kewaspadaan terhadap celaan. 
  • Malu adalah perangai yang dapat mendorong seseorang untuk meninggalkan hal-hal yang buruk dan mencegah seseorang daripada kelengahan dalam memenuhi hak siapa pun yang memiliki hak. 
Kata Ibnu Allan; Malu adalah sebuah akhlak yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan, baik perkataan, perbuatan, dan sikap yang dapat mencegah dirinya daripada kelalaian dalam melaksanakan hak orang lain. 
Menurut Imam Nawawi; "Kami meriwayatkan perkataan Abul Qasim al-Junaid, menurutnya malu adalah melihat semua kenikmatan sekaligus melihat semua kelalaian dalam memaksimumkan nikmat tersebut sehingga dari kedua-dua penglihatan itu lahirlah rasa malu."
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Sabtu, 17 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Compilations

Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Keuntungan Bersikap Warak

Keuntungan Bersikap Warak. 
  • Penyebab utama yang dapat menjauhkan seorang hamba daripada perkara haram. 
  • Termasuk salah satu dikabulkannya doa. 
  • Salah satu sebab bertambahnya iman di dalam hati seorang hamba. 
  • Dapat dikatakan sebagai sebab ketenangan fikiran, kelapangan dada, dan ketenteraman fikiran. 
  • Apabila etika yang luhur ini tersebar dalam kalangan masyarakat, akan menjadi faktor bersih dan damainya masyarakat tersebut. 
  • Pelakunya akan mendapatkan cinta Allah SWT dan semua manusia yang ada di sekitarnya. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Jenis Kenikmatan.

Terdapat tiga jenis nikmat:
  1. Nikmat yang sudah didapatkan dan diketahui oleh seorang hamba. Apabila Allah SWT berkehendak untuk menyempurnakan nikmat kepada hambaNya, Dia akan memberitahukan kepadanya nikmat yang yang sudah diterimanya. Dan Dia akan memberi suatu pengikat kepada hamba yang bersyukur kepadaNya untuk mengikat nikmatnya agar nikmatnya itu tidak lenyap. 
  2. Nikmat yang ditunggu-tunggu dan diharapkan. Bahkan, Dia juga akan menunjukkan kepada hambaNya cara untuk mendapatkan nikmat yang ditunggu-tunggu, serta akan memberitahukan kepadanya jalan-jalan yang dapat menghalang dan memutus jalan nikmat tersebut, lalu Dia mengarahkannya bagaimana cara untuk menghindari jalan tersebut. 
  3. Nikmat yang ada dalam diri seorang hamba namun dia tidak merasakan kewujudannya. Apabila nikmat yang ditunggu-tunggu oleh hambaNya itu sudah didapatkan dengan sempurna, maka Dia akan memberitahu nikmat yang ada di dalam dirinya, namun dia tidak akan merasakan keberadaan nikmat itu. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Khamis, 15 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Kenapa kita melakukan hal yang haram?

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat dua sebab. 
  1. Kerana dia berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Dia menyangka bahawa apabila dia mentaatiNya dan mengutamakan perintahNya dalam meninggalkan perkara yang diharamkan, Dia tidak akan memberinya sesuatu yang halal dan lebih baik daripada perkara haram yang dia lakukan. 
  2. Sebenarnya si hamba itu tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT, nescaya Dia akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya sahaja, nafsu syahwatnya akan mengalahkan kesabaran dan akalnya. 
Jadi, golongan pertama melakukan hal yang diharamkan kerana tidak memiliki wawasan yang luas. Adapun golongan yang kedua kerana kelemahan akal (kesedaran) dan mata hatinya.

Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
     

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Warak Anggota Tubuh

Warak Penglihatan. 
Anas bin Malik berkata, "Apabila ada seorang perempuan yang lalu di depanmu, pejamkanlah kedua-dua matamu, hingga dia berlalu dari hadapanmu."
Maksud daripada perkataan Anas ini adalah hendaklah seseorang hamba bersikap warak pada matanya, dengan cara tidak memandang kepada perempuan yang bukan mahram. 
Warak Pendengaran. 
Muhammad bin Munkadir berkata, "Apabila hari kiamat tiba, seorang penyeru akan menyerukan, 'Mana orang-orang yang dahulunya sentiasa menyucikan diri mereka dari majlis hawa nafsu dan menyucikan pendengaran mereka dari seruling syaitan? Tempatkan mereka di rumah yang harum dengan wangian.' Kemudian Dia berkata kepada malaikat, 'perdengarkan kepada mereka penghormatan dan pujianKu.'
Warak Penciuman.
Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz diberi kuasa hasil rampasan perang, lalu dia menciumnya. Melihat itu, mereka bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan hanya menciumnya?" Dia menjawab, "Sesuatu yang bermanfaat daripada wangian ini hanya aromanya sahaja. Dan aku tidak suka mendapatkan aroma ini selain daripada umat Islam."
Warak Perut. 
Allah SWT berfirman, "Makanlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya." (Al-Baqarah [2]: 172).
Warak Mata Pencarian. 
Qatadah berkata, "Orang Mukmin sejati tidak dapat ditemukan, kecuali di tiga tempat, iaitu di masjid yang dinakmurkannya, di rumah yang menutupinya, atau ketika dia mencari keperluannya secara lumrah."
Warak Kemaluan. 
Boleh dilakukan dengan cara enjaga kemaluannya dari hal-hal yang dapat menangkap nalurinya dan dari semua perkara yang dapat membuatkan Allah SWT murka. Dengan cara tidak menyentuh kemaluannya, kecuali ada keperluan syarie, seperti buang hajat, bersuci (istinjak), rawatan atau keperluan syarak yang lain. 
Warak Lisan. 
Boleh dilakukan dengan cara menyibukkan diri dengan aib anda sendiri. Dapat dipraktikkan dengan cara menjaga lisan daripada berbohong, ghibah, namimah, berkata sia-sia dan semua perbincangan lain yang walaupun tidak menjauhkan diri Anda daripada Allah SWT, tetapi juga tidak mendekatkan anda kepadaNya. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Rabu, 14 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Definisi dan Hukum Warak

Definisi Warak. 
  • Al-Manawi berkata, "Menurut sebahagian Ulamak, warak adalah meninggalkan sesuatu yang membuat anda ragu-ragu, menepis segala sesuatu yang dapat menodai anda, memilih hal yang lebih meyakinkan, dan melatih nafsu kepada hal-hal yang berat untuk dikerjakan."
  • Ibu Taimiyah berkata, "Warak adalah meninggalkan segala sesuatu yang ditakuti akibatnya, seperti perkara yang sudah diketahui keharamannya, dan perkara yang masih diragukan pengharamannya, sedangkan meninggalkan perkara tersebut tidak menimbulkan kerosakan lebih besar daripada melakukannya. Begitu juga halnya dengan mereka rasa sebuah pekerjaan yang diragukan kewajipannya, namun masih tetap dalam bidang pekerjaan ini."
  • Menurut Ibnu Qayyim, "Warak adalah meninggalkan hal-hal yang dikhuatirkan akan mendatangkan bahaya di akhirat."
Tingkatan Warak. 
  1. Wajib, iaitu meninggalkan semua perkara yang diharamkan, ditujukan kepada semua orang. 
  2. Mandub (dianjurkan) iaitu menjauhi semua perkara syubhah, ditujukan kepada golongan pertengahan. 
  3. Fadilah (keutamaan) iaitu mencegah diri dari hal-hal mubah terlalu banyak dan mencukupkan kepada keperluan pokok yang sangat minima. Hanya dimiliki oleh para Nabi, orang-orang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang soleh. 
Kesempurnaan Warak. 
Kesempurnaan warak adalah mengetahui seseorang akan hal yang lebih baik daripada dua kebaikan hal yang lebih buruk daripada dua keburukan, dan bahawa agama bertujuan untuk menciptakan kemaslahatan dan menyempurnakannya, serta menghilangkan kerosakan dan mengurangkannya. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Compilations

Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Manfaat Takut kepada Allah

Manfaat Takut kepada Allah. 
  • Dapat menghancurkan nafsu syahwat sehingga mampu untuk membenci perbuatan maksiat. 
  • Mendorong seseorang hamba untuk berakhlak terpuji. 
  • Menjadikannya sentiasa ikhlas dalam beramal, santun dalam perkataan dan perbuatan. 
  • Merasa hiba kepada orang-orang yang derhaka dan para pelaku dosa. 
  • Bukti kejernihan hati dan kebersihan jiwa. 
  • Merasakan keamanan di hari kiamat kelak. 
  • Menghantarkan seseorang meraih syurga dan menyelamatkannya daripada api neraka. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Selasa, 13 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Klasifikasi Rasa Takut kepada Allah.

Klasifikasi Rasa Takut kepada Allah. 
Menurut Ibnu Qayyim, 
  • Khasyyah itu lebih khusus daripada khauf kerana khasyyah adalah khauf yang disertai dengan ilmu (ma'rifat).
  • Al-Wajal adalah gentarnya hati akibat ingatan seseorang akan semua hal yang ditakuti kerana kekuasaan dan hukumannya. 
  • Al-Haibah lebih sering terjadi jika ada rasa cinta dan ilmu. 
  • Al-Ijlal adalah pengagungan yang disertai oleh penghormatan.
  • Khauf umum dimiliki oleh semua mukmin, sedangkan Khasyyah khusus dimiliki Ulamak yang mengenal Allah. 
  • Al-Haibah khusus bagi orang-orang yang mencintaiNya, sedangkan Al-Ijlal khusus bagi makhluk yang dekat kepadaNya. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Kata-kata Emas

Kata-kata Emas. 
  • Segala sesuatu memiliki perhiasan. Perhiasan ibadah adalah takut kepada Allah. (Hatim Al-Asam.)
  • Barang siapa takut kepada Allah SWT, nescaya rasa takut itu akan mengerahkannya untuk melakukan kebaikan. Jika rasa takut itu meninggalkan hati seorang hamba, hatinya pasti mati. Manusia akan sentiasa berada di jalan hidayah selama rasa takut kepada Allah SWT, bersemayam di dalam hatinya. Apabila rasa takut kepada Allah SWT, sudah tersemat di hati seorang hamba, ia akan meleburkan tempat berkumpulnya syahwat dan mengusir dunia dari hati hamba tersebut. (Al-Fudail).
  • Orang yang tidak memiliki rasa sedih seharusnya takut akan tergolong penghuni neraka kerana penduduk syurga akan mengatakan, "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan daripada kami..." (Fatir [35]: 34) Orang yang tidak memiliki rasa takut, seharusnya khuatir tidak akan tergolong salah satu penduduk syurga kerana penduduk syurga akan berkata, "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan di azab)." (At-Tur [52]: 26) (Ibrahim at-Taimi). 
  • Sumber setiap kebaikan di dunia dan di akhirat adalah rasa takut kepada Allah SWT. Setiap hati yang tidak memiliki rasa takut kepada Allah SWT, maka dapat dipastikan hati itu telah mati. (Abu Sulaiman Ad-Darani).
  • Rasa takut kepada Allah SWT lebih utama daripada raja' (mengharap redhaNya) selama seseorang itu masih sihat. Jika seseorang sudah sekarat, raja itu menjadi lebih utama. (Faudail bin Iyad). 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Sabtu, 10 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Part 4

Perbezaan antara Khauf dan Khasyyah. 
Khauf
  • Sebuah gerakan, dimiliki oleh setiap Muslim
  • Orang yang memiliki khauf akan segera mencari perlindungan Allah SWT dan mencegah dirinya daripada melakukan hal-hal yang dilarang. 
Khasyyah
  • Penghimpunan, penyusutan dan ketenangan. 
  • Khusus dimiliki oleh Ulamak yang mengenal Allah SWT.
  • Sejauh mana seorang hamba memiliki ilmu dan mengenal Allah SWT, sebesar itu pulalah khasyyah yang dimilikinya. 
  • Khasyyah adalah khauf yang disertai pengenalan terhadap Allah SWT. 
  • Orang yang memiliki khasyyah akan mencari perlindungan dengan berpegang teguh pada ilmu (agama) Allah. 
Perumpamaan keduanya seperti orang awam dan seorang doktor yang professional. Orang pertama itu mengutamakan menghindari pantang-pantang yang disarankan doktor. Doktor professional berpegang pada ilmu pengetahuannya tentang ilmu farmasi dan jenis-jenis penyakit. Jika kita takut kepada seseorang, kita akan menjauhinya. Berbeza dengan Allah SWT, jika kita takut kepadaNya kita harus mendekatiNya. 
  • Haibah hanya dimiliki oleh orang yang mencintaiNya. 
  • Wajal dimiliki oleh orang yang dekat kepadaNya. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 5 (Ihsan) Compilations


(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Khamis, 8 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Part 3

Tingkatan Rasa Takut Manusia kepada Allah. 
  1. Ketakutan akan mengalami kematian sementara dia bertaubat. 
  2. Ketakutan akan ditambahkan kenikmatannya sehingga menyebabkan dirinya menyimpang dari jalur istiqamah. 
  3. Ketakutan mengalami su'ul khatimah
Tingkatan rasa takut pada faktor ketiga lebih tinggi daripada faktor-faktor sebelumnya kerana kematian merupakan penutup kematian. 

  1. Takut akan dahsyatnya sakaratul maut. 
  2. Takut pada pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir serta azab kubur. 
  3. Takut kepada kegetiran saat harus berdiri di hadapan Allah SWT, permintaan pertanggungjawaban atas semua perbuatannya. 
  4. Takut saat menyeberangi sirat (jambatan).
  5. Takut pada neraka dengan keadaannya yang sangat mencekam. 
  6. Takut tidak masuk syurga. 
  7. Takut akan dihalangi dari melihat wajah Allah SWT. 
Rasa takut akan dihalang daripada melihat wajah Allah SWT adalah rasa takut orang-orang yang mengenal Tuhannya. 

Takut yang Tercela. 
Jika rasa takut itu menyebabkan seseorang mengalami kesedihan yang berlebihan, sakit, dan kematian sehingga menjadi penghalang bagi orang lain dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT rasa takut seperti itu akan menjadi sifat yang tercela. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Rabu, 7 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Part 2

Ciri-ciri Takut kepada Allah. 
  • Lisannya. Menghindari pembicaraan yang tidak diperlukan. Menyibukkan diri dengan berzikir, membaca al-Quran dan membaca buku. 
  • Hatinya. Membersihkan hatinya daripada benih-benih permusuhan, dengki dan fitnah sesama manusia. 
  • Pandangannya. Menghindari hal-hal yang haram dalam pelbagai bentuk. Hanya memandang hal-hal yang halal untuknya. 
  • Perutnya. Hanya memasukkan makanan yang halal ke dalam perutnya dan memakan sesuai dengan keperluannya. 
  • Tangannya. Selalu menggunakan tangannya untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. 
  • Kakinya. Selalu berjalan berjalan dengan rangka ketaatan kepadaNya dan bersahabat dengan orang-orang yang soleh serta para Ulamak. 
  • Ketaatannya. Menjadikan segala ibadahnya ikhlas kerana Allah SWT semata-mata, kerana khuatir akan terjebak ke dalam perangkap riyak dan munafik. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Selasa, 6 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 6 (Takut kepada Allah) Intro

Keutamaan Takut kepada Allah SWT dan Menangis KeranaNya. 
Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh keampunan dan pahala yang besar." (Al-Mulk [67]: 12)
Abu Umamah Sady bin Ajlan al-Bahili RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada suatu apa pun yang paling dicintai Allah selain dua titisan dan dua bekas. (Dua titisan itu adalah) titisan air mata (seorang hamba) kerana takut kepada Allah, dan titisan darah (seorang mujahid) yang keluar saat berperang di jalan Allah. Dua bekas itu adalah bekas jihad di jalan Allah (seperti luka, debu, dan tinta bagi penuntut ilmu), dan bekas melaksanakan salah satu perintah yang diwajibkan Allah (seperti bekas sujud di kening, baru mulut akibat berpuasa, dan lain-lain). (HR Tirmizi, Hadis Hasan) 
Beberapa Keutamaan Orang yang Takut kepada Allah. 
  • Menjauhkan maksiat. 
  • Memudahkan untuk Ikhlas. 
  • Fokus Beribadah. 
  • Memantapkan Diri Berjalan Sesuai HidayahNya. 
  • Membuat Kita Disegani. 
  • Penyebab Diterimanya Doa. 
  • Memudahkan dalam Memperoleh Manfaat al-Quran. 
  • Selalu Dimenangkan atas Musuhnya. 
  • Mendapat Lindungan Arasy di Hari Kiamat. 
  • Mendapatkan Syurga. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Ahad, 4 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 5 (Ihsan) Ending

Berbuat Ihsan sebagai Jalan Utama menuju Bangkitnya Islam. 

1. Cara agar Selalu Dilindungi Allah. 
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-'Ankabut [29]: 69)
2. Cara agar Mendapatkan Cinta Allah. 
"Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah [2]: 195) 
3. Cara agar Mendapatkan Rahmat Allah. 
"Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang beriman." (Al-A'raf [7]: 56)
4. Orang yang Berbuat Ihsan Selalu Mendapatkan Tambahan Kebaikan. 
"Dan Kami akan menambahkan (kurnia) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan." (Al-Baqarah [2]: 58)
5. Orang yang Berbuat Ihsan Tidak Pernah Takut Mahupun Khuatir. 
"Tidak! Barang siapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut kepada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al-Baqarah [2]: 112)
6. Orang yang Berbuat Ihsan Mendapatkan Balasan Besar di Akhirat. 
"Orang-orang yang berbuat kebajikan dan bertakwa di antara mereka mendapat pahala yang besar." (Ali' Imran [3]: 172) 
7. Orang yang Berbuat Ihsan Mendapatkan Syurga. 
"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) tambahannya (kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." (Yunus [10]: 26)

Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Sabtu, 3 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 5 (Ihsan) Bhg H

Berprasangka Baik kepada Allah adalah Ihsan yang Paling Utama. 

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kamu mati, kecuali dia sedang berprasangka baik kepada Allah." (HR Muslim) 
Allah SWT berfirman di dalam hadis qudsi, "Aku menurut prasangka hambaKu terhadapKu. Jika dia berprasangka baik maka (kebaikan) untuk dia dan jika dia berprasangka buruk maka (keburukan) untuk dia." (HR Ahmad; Hadis Sahih). 

Keuntungan Ihsan di Dunia dan di Akhirat. 
  • Ihsan merupakan kayu pengukur Yang mengukur tingkat kejayaan manusia dalam menjalani kehidupan ini. 
  • Orang-orang yang menjadikan ihsan sebagai jalan hidupnya merupakan orang yang paling dekat kepada hati manusia yang ada di sekitarnya. 
  • Ihsan dapat membuat sebuah masyarakat menjadi kuat, hati para anggotanya saling bertautan, dan menyebarkan cinta dan keharmonian di antara mereka. 
  • Ihsan adalah alat bagi sebuah masyarakat untuk maju dan berkembang. 
  • Ihsan adalah jalan untuk mendapatkan keberkatan terhadap umur, harta dan keluarga. 
  • Ihsan adalah jalan untuk menghidupkan rasa takut kepada Allah SWT, dan sarana untuk memperoleh rahmatNya. 
  • Ihsan adalah jalan untuk membersihkan seluruh virus jiwa, seperti kebimbangan, kesalahfahaman, buruk sangka dan seterusnya. 
  • Ihsan adalah jalan yang membantu manusia untuk meninggalkan rasa ujub kerana dalam ihsanlah niat yang jujur itu ada. 
  • Ihsan adalah jalan yang dapat memudahkan pelakunya untuk mendapatkan ilmu. Dapat memancarkan sumber hikmah kepada diri pelakunya. 
  • Membalas kebaikan atau kejahatan dengan kebaikan- dapat memadamkan api permusuhan antara manusia dan mengubahnya menjadi persahabatan yang penuh dengan keramahan, rasa cinta dan kasih sayang. Firman Allah SWT, "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)'? Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." (Fussilat [41]: 33-34)
  • Apabila kita berserah diri kepada Allah SWT disertai dengan sikap ihsan maka menghasilkan kekuatan dalam berpegang teguh kepada tali yang kuat dan tidak akan putus (al-Urwah al-Wuthqa). Firman Allah SWT, "Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan." (Luqman [31]: 22)

Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    


Khamis, 1 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 5 (Ihsan) Bhg G


Keadaan Lain untuk Berbuat Ihsan. 
  • Membayar niat (tebusan) kepada wali orang yang dibunuh. 
  • Jiwa yang berjuang dalam menahan amarah, menerangi sifat kedekut, dan menyimpan keinginan balas dendam. 
  • Berperang dan berjihad. 
  • Ihsan kepada anak yatim dalam mengurus harta mereka. 
  • Sabar dalam menghadapi ujian dan reda dengan keputusan (qada) Allah SWT. 
  • Memberikan harta dan bermuamalah dengan baik kepada para wanita yang sudah atau hendak ditalak. 
  • Ihsan ketika saling memberikan penghormatan dan menjawab salam. 
  • Ihsan ketika berdiskusi dan berdebat. 
  • Bersikap ihsan kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)    

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 5 (Ihsan) Bhg F

Kenikmatan Ihsan kepada Manusia. 
1. Ihsan kepada semua orang. 

"Tetapi kerana mereka melanggar janjinya maka Kami melaknat mereka. Dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempatnya dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian pesanan yang telah diperingatkan kepada mereka. Engkau (Muhammad) sentiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sekumpulan kecil di antara mereka (yang tidak berkhianat) maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."(Al-Ma'idah [5]: 13)

2. Ihsan kepada Alam Semesta. 

Bersikap ihsan kepada benda-benda mati termasuk jenis ihsan yang lain. Allah SWT telah menjelaskan ihsan jenis ini melalui firmanNya, 
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan." (Al-A'raf [7]: 56)
Alam semesta menjadi bahagia kerana ketaatan kita kepada Allah. Dan alam semesta juga akan merasakan kesan kemaksiatan kita kepada Allah SWT, lalu dia pun bersedih lantaran perbuatan maksiat yang telah kita lakukan. Allah SWT telah mengurniakan seluruh alam semesta indera dan daya pemahaman, sebagaimana Dia jelaskan di dalam firmanNya, 
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun." (Al-Isra' [17]: 44)
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)