"So, macam mana dengan bos tu?" Soal Syasya. Dia sedari tadi sedang menanti kehadiran Yutha ke tempatnya. "Okay je. Walaupun bos tu kerek sikit." Dia mengangkat bahu. Tak kisahlah walaupun bos itu menyakitkan hati pun, yang penting kerja beres!
"So? Macam mana dengan proposal kau?" Soal Syasya. "Bos suruh buat improvements. Lepas tu, kita proceed!" Ujar Yutha riang. "Good for you." Syasya senyum lega.
"Okaylah, aku nak sambung buat kerja. Esok aku nak pergi melawat kandang dia kalau boleh."
Syasya mengatur langkah pergi. Yutha kembali mengambil tempat di mejanya.
Yutha mengerling jam di tangannya. Dah masuk waktu minum petang. Kelam kabut dia bangun lalu mengemas mejanya yang berselerak. Dia ingin menunaikan solat fardhu Asar.
Zip seluar ditarik naik ke atas. Dia membersihkan mangkuk tandas. Selesai menggunakan tandas, dia mencuci tangannya. This girl is really good at this, even after all this time… dia mengeluh.
Langkahnya ke kubikel terhenti apabila dia ternampak susuk tubuh berpakaian warna putih daripada atas ke bawah sedang sujud. Dia memandang tubuh itu dengan penuh curious. Langkahnya lalu diatur mendekati tubuh itu.
Yutha memberi salam terakhirnya. Huh? Terkejut dia apabila terlihat Rovin sedang memerhatikannya dari jarak dekat. "What are you doing?" Soal lelaki itu. "Praying." Pendek dia menjawab. Telekung dilipat.
"Here? I thought Muslims only pray at mosque."
"There's more to us that you don't know, Mr. Baptist." Deep dan ringkas.
Matanya menghantar lelaki itu ke kubikelnya.
Yutha hanya membiarkan. Kelibat Mr. Raj menghampirinya mematikan lamunan. Wajahnya terus bertukar kepada ceria. "So, how's the proposal?"
"He said he'll accept it. I just need to edit it. I want to finish it today. Tomorrow I want to visit the farm." Kerjanya ialah doktor haiwan, bukan ahli perniagaan. Hal kesihatan ternakan lebih penting berbanding hal remeh seperti proposal.
"Good job. Make it quick."
Kementerian Pertanian dengan kerjasama Kementerian Kesihatan ingin mengadakan projek ternakan besar-besaran sempena program susu Malaysia. Malaysia perlukan bekalan susu segar daripada India. Lembu ternakan milik India memang sihat dan gemuk-gemuk belaka. Memang sesuai untuk projek mereka. Dan Vatika Business Company yang menyediakan perkhidmatan green environment dan mempunyai biaya yang cukup memang sesuai untuk dijadikan syarikat kerjasama sepanjang mereka di bumi India ini.
"I'll do my best." Jamin Yutha.
Selesai menghantar proposal yang dah siap, dia mengemas barangnya. Teringatnya tadi lelaki itu ke tandas tadi. Pastilah masalahnya sudah selesai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan