Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Ahad, 8 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 2, Chapter 1)

Chapter 1
"Hari ni nak aku hantar ke mana?" Soal Syasya sebaik sahaja Yutha masuk ke dalam perut kereta. Pastilah kerana pakaian Yutha yang lain daripada yang lain itu.
"Ke Vatika's farm." Dia menunjukkan jalan kepada Syasya. Hari ini dia mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna hijau dengan tudung pink. Kot doktornya yang berwarna putih turut dikenakan.
"Okay." Kereta menderu laju. Membelah kota.
Yutha mengucapkan terima kasih kepada Syasya sebelum menutup pintu kereta.
Dia mengatur langkah dengan penuh yakin menuju ke arah kandang lembu yang dimaksudkan itu. Dia menyapa lelaki yang berdiri di pagar kandang itu dengan senyuman. "Good morning." Sapaannya dibalas.
"Good morning, miss."
"It's Yuthasak. And your name?"
"Farhan. Farhan Kutreshi."
Mr. Kutreshi, good morning. Nice to meet you."
"Thank you. And nice to meet you too, miss Yuthasak."
"I come here to visit the cows. May I take a look at them?" Pinta Yutha. "Sure. Come in." Pelawa lelaki itu. Yutha membawa masuk kit doktor bersamanya. Dan beg kerjanya.
Yutha mengatur langkah ke pejabat. Tadi dia selesai melihat sejauh mana tahap kesihatan lembu yang diternak. Dapat juga dia memberi sijil pengesahan kedoktorannya kepada penyelia ladang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan