Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Khamis, 12 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 3, Chapter 1)

Chapter 1
Rovin menyandarkan beg kerjanya di kerusi. Tanpa sedar, dia melepaskan keluhan. Full house, again. Today, a lot of people are coming to the office. The meeting will be held at eleven in the morning. After lunch, that girl will present her proposal in front of him. The proposal that he checked.
Dia memandang jam di dinding. That girl is still not here. Where did she go?
Yutha meletakkan baldi di bawah puting susu lembu betina tersebut. Gemuk betul lembu ini. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan kerja memerah. Okay! There is no health problem! Dia berdiri sambil memandang petugas ladang yang dah nervous tahap tak ingat itu. "So far, the milk quality seems to be okay. May I check the factory?" Pintanya.
India masih mengamalkan cara penjagaan lembu yang unik. Jadi ada baiklah jika dia memeriksanya terlebih dahulu. "Sure, miss." Dia diiringi Farhan ke kilang. Di situ, botol susu tersusun di rak. Mesin lama masih berfungsi dan sedang membersihkan botol. Ada mesin yang mengisi susu ke dalam botol. Ada yang memasang penutup botol tersebut. Sungguh, semuanya mesin lama.
Dia memandang kilang tersebut dengan perasaan penuh puas hati. "Is there any lab? Where you can check the pasturised milk quality?" Soalnya sambil memandang Farhan. Lelaki itu nampak terkulat-kulat cuba memberi jawapan. "Unfortunately, there isn't any lab. We're a very small company." Yutha mengeluh hampa mendengarkan jawapan itu.
"Well, if that the case…" Dia menghampiri meja usang di kilang tersebut. Beg yang digalas di bahu diletakkan di atas meja selepas meja tersebut telah dibersihkan. Farhan memandangnya dengan penuh terkejut.
"What are you doing, miss?" Soalnya penuh kaget. "Creating a lab, obiviously." Balas Yutha, yang masih sibuk mengeluarkan test tube, rak tabung uji, dropper, larutan benedict, dan larutan iodine. Tak sampai sejam, semua barang telah berjaya dikeluarkan. "May I?" Dia mencapai sebiji botol susu. Sedikit sampel susu dituang ke dalam tabung uji. Eksperimen dimulakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan