Mereka bertiga tiba di hadapan rumah bercat kuning. Ala-ala rumah lama. Kebanyakan rumah di India tak adalah impressive macam rumah di Malaysia. Yutha dan Syasya perlahan-lahan keluar daripada kereta. Tersedar yang ada warga emas di dalam kereta, pantas keduanya pergi mendapatkan mak cik tersebut.
"Auntie, are you okay?" Refleks Yutha menarik tangan mak cik itu, bimbang dia terjatuh. Yutha memegang lengan mak cik itu agak kuat, sampaikan mak cik itu menarik lengannya supaya dilepaskan. "Auntie, this is your belongings. You want us to bring it to you?" Pelawa Syasya. "Nevermind… just leave it there. I'll take it myself."
Yutha menghantar mak cik itu dengan pandangan mata. Kekeruhan jelas terpancar di matanya. Orang tua... kadang-kadang mereka tak mahu dilayan seperti orang lemah tetapi nak buat macam mana, mereka memang dah tak larat. "Kau stress ke?" Soal Syasya dalam tawa kecil. "Stress lah juga. Dia dah tak larat, tapi berlagak tough." Tawa kecil Syasya masih belum berhenti.
Tubuh tua yang separa rebah di pintu rumah itu membuatkan Yutha berlari mendapatkannya. "You're not that strong, auntie. You need to depend on us sometimes. Don't worry, we're not bad people. We want to help you." Mak cik itu terdiam. Melihatkan diaman mak cik itu, Yutha memapah mak cik itu sehingga ke dalam rumah.
Yutha mendudukkan mak cik itu di atas sofa. "Bad joints? Muscles?" Soal Yutha. "No. High blood pressure. My head hurts."
"You want me to massage you?"
Diam. Yutha menyandarkan mak cik itu di tubuhnya. Tangannya cekap memicit bahu mak cik itu. Sendawa mula keluar. Agak lama juga dia memicit bahu mak cik itu. Sampai lenguh bahunya. Selesai memicit bahu, dia membiarkan mak cik tersebut berbaring di atas sofa.
Yutha berdiri. Dia ingin mencari selimut buat mak cik tersebut. Kakinya mengatur langkah. Pintu bilik paling hadapan dia buka. Kelihatan ada katil queen beserta bantal dan selimut tersusun rapi. Perlahan-lahan kaki Yutha mengatur langkah ke arah katil. Dia ingin mencapai selimut.
"What are you doing in here?" Huh?
Pantas Yutha menoleh. Kelihatan susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalinya. Susuk tubuh itulah yang ditemuinya saban hari di pejabat. Rovin segak berseluar tidur dan memakai t-shirt. Lengannya disandarkan di muka pintu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan