Aduh… macam manalah boleh terbayang benda itu tadi?! Yutha dah menggosok kepalanya kasar. Malu! Tak tahu nak sorok muka dekat mana. Dia meraup wajahnya. Serta-merta dia mengeluarkan cermin bedak kompak dari dalam beg tangannya. Dia ingin melihat sama ada wajahnya berubah atau tidak. Aduh… tulang pipinya ternaik. Tapi wajahnya tak blushing. Bagus! Dalam hati dia bersyukur.
Bunyi derapan tapak kaki mendekatinya. Dia mengangkat muka. Wajah Rovin betul-betul berada di depan matanya. "You leave this." Lelaki itu meletakkan fail berwarna kuning di atas meja Yutha. Tanpa menghiraukan Yutha yang masih blank, lelaki itu bergerak meninggalkannya.
"Kau ni apahal? Muka awkward semacam je hari ni. Aku tanya sepatah pun jawab sepatah je." Teguran Syasya itu langsung tak diendahkan oleh Yutha. Dia masih belum mengangkat wajahnya memandang Syasya hari ini. Syasya menyandarkan lengannya di dinding. Dia masih belum mendapat jawapan yang membuatkannya berpuas hati. "Aku sibuklah. Tak nampak ke ni." Gadis itu masih sibuk menulis draf kertas kerja. Syasya masih tidak berpuas hati. Dia cuba merampas kertas kerja Yutha. "Ish! Janganlah!"
"Haa... baru nampak muka kau." Yutha mencebik. "Lah, tu je ke." Dia berpusing menghadap meja semula lalu menongkat dagu.
"So, macam mana tadi tengok binatang? Berbaloi tak dengan projek kita?" Soal Syasya. Oh, nak tanya pasal tu ke. Tu kira hal penting juga tu. "Ok je. Kebanyakan mereka sihat. Diorang cuma require medical checkup dari semasa ke semasa je. Yang lain dah settle." Tenang Yutha berbicara. Dia memandang Syasya.
"Baguslah tu. Ni yang kau tiba-tiba jadi tak professional dengan aku ni kenapa?" Gulp! Serta-merta ingatan pada peristiwa tadi boleh menerjah ke dalam kepala. Bayang Rovin sewaktu mereka bersama kembali berada di minda. Takkanlah aku nak beritahu Syasya yang aku pernah ada hubungan dengan dia! Jatuh saham aku! Yutha dah tak tahu nak kata apa.
"Jadi?" Syasya berpeluk tubuh. "Errr… teringat kisah lama." Hanya itu yang mampu dijawab oleh Yutha. "Aku tahulah aku ni handsome. Tak payahlah nak kenang zaman kita bercinta dulu…" Syasya dah membebel. Wajah Yutha bertukar. Daripada malu kepada marah. "Kita? Bercinta? Sejak bila pula aku ada hati dekat kau? Ke kau yang suka dekat aku dulu?" Dia hampir-hampir ketawa. Syasya turut ketawa. "Dah tu? Dengan siapa lagi kau nak bercinta kalau bukan dengan aku?"
"Bukan kau. Orang lain. Kisah lama. Dahlah. Aku malas nak cerita. Pergi buat kerja nuh." Dia menghalau. Syasya ketawa kecil. "Kerja aku dah siap untuk hari ni. Kira lepas ni aku meeting bertiga dengan boss tu la." Yutha memuncungkan mulutnya. "Bestnya… aku kira nak buat kertas kerja je dekat sini."
"Kiranya esok kau pergi ladang ke?" Angguk. Matanya menghantar Syasya beredar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan