Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Jumaat, 13 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 4, Chapter 3)

Chapter 3
"Miss Yuthasak."
Bunyi namanya dipanggil membawanya ke kaunter ubat. Pegawai farmasi itu mengeluarkan beberapa paket ubat beserta kad bertulis namanya. "This is inderal propanorol, panadol actifast and imigran. Take this once needed."
"Okay, thank you."
"As you can see, there's a guide on how much you should eat your medicines." Angguk. Ubat diambil dari kaunter.
"Thank you."
Dia mengatur langkah ke arah lelaki bertubuh tinggi yang sedang bersandar di tiang bangunan. Lelaki itu mengalihkan pandangan daripada telefon bimbit apabila tersedar bahawa ada tubuh berjalan menujunya.
"Dah ambil ubat kau?" Angguk. "Doktor cakap apa?" Besar bukaan mata Yutha. Terkejut badak. "Lah… bukan aku dah bagitau ke tadi? Aku buat follow up. Mana jumpa doktor. Ambil ubat jelah. Ke kau nak aku bagitau apa pharmacist tu cakap? Take this medicine once needed… there's a guideline… " dia mengajuk cakap pegawai farmasi itu tadi.
Syasya ketawa kecil. Sah nyanyuk! Dia mengurut kepalanya yang pening dengan leteran Yutha. "Aduh… kau ni… tak sweet langsung. Cakap sikit sudahlah. Pening aku dengar." Keluhnya. Yutha ketawa kecil. "Sorrylah bro. Okay, nak aku masak apa esok?" Pujuk Yutha. "Kau ni mengarutlah. Esok cuti. Ke kau nak mencemar duli datang ke rumah aku esok?" Dia ketawa. Yutha turut ketawa. "Kau drive."
Tubuh wanita tua berlanggar dengannya mematikan tawa mereka. Yutha tersentak. Lengan wanita itu pantas dipegangnya. Bimbang wanita itu terjatuh. "Oh man… kids these days…" keluh wanita tua itu. "Are you okay? I'm really sorry. Really! Where's your home? We'll send you there." Pelawa Yutha, tanda meminta maaf. Sungguh! Dia tidak sengaja. Kalau dia nampak, memang dia dah elak dah. Wanita tua itu memandang Yutha dengan pandangan nak tak nak. Akhirnya Syasya bersuara dalam bahasa tamil di pihak Yutha. Dengan pujukan Syasya, mereka berjaya menghantar wanita tua itu ke rumahnya.
Suasana di dalam kereta kekok. Syasya dengan pemanduannya, wanita tua itu dengan nak tak naknya dan Yutha dengan perasaan nervousnya. "Bro, kau rasa dia marah aku tak?"
Syasya mendekatkan telinganya ke arah Yutha. "Siapa? Mak cik dekat belakang ni?" Soal Syasya masih dalam mode berbisik. Syasya menoleh ke belakang seketika sebelum mengangguk. "Kau jangan risau. Typical orang tua, dia tak pekenan dekat foreigners. Nanti aku explain dekat mak cik ni." Jaminan Syasya itu membuatkan Yutha sedikit lega. Dia menghembus nafas lega.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan