Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Selasa, 3 Mac 2020

Super Psycho Love (Volume 1, Chapter 1)


.Chapter 1
Dia merenung wajahnya di cermin agak lama. Descent ke tak ni? Jam di dinding berwarna emas itu direnung. Sudah pukul 8 pagi. Kelibat orang yang ditunggu-tunggu masih belum  sampai. Dalam hatinya separuh mengeluh. Cepatlah sampai Syasya oi… dahlah  hari ni first day at work. Karang dapat bad impression free aje. 
Dia dah terjenguk-jenguk memandang ke luar. Lama-lama lehernya dah boleh jadi panjang macam zirafah kalau macam ni. 
Sepuluh minit kemudian, bunyi enjin  kereta menderu masuk mengejutkannya daripada kepala yang hampir terlena. Mujur dia tidak terlena! Biasanya waktu macam ni dia tidur di atas katil empuknya. 
Dia mengatur langkah mendekati kereta berwarna hitam itu. Kelihatan seorang lelaki India yang tinggi dan tampan keluar dari perut kereta. Lelaki itu memperbetul letak rambutnya. 
"Lama kau tunggu? Sorry, aku terlajak tidur pagi tadi." Dia mengutarakan hal itu sambil tersengih. Yutha menjeling lelaki itu. Geram. Agaknya dah berapa lama dia pesan semalam, jangan lambat pagi ni. Mesti dia… "kau keluar minum ke semalam?" Soalnya dengan nada tegas. Macam pengawas pun ada. Syasya tersengih lagi, sambil menggaru belakang tengkuknya. Haih, Yutha melepaskan keluhan sambil keduanya masuk ke dalam perut kereta. 
Jalan tak sesak. Di India, kenderaan agak banyak, tetapi mungkin kerana mereka tinggal di bandar Bungalore ini, maka kenderaan tidak begitu banyak. Bandar ini pernah terkenal sebagai lokasi filem Three Idiots yang diminati ramai itu. 
Namun begitu lokasi mereka pada pagi ini bukan Engineering Academy yang terkenal itu. Tetapi bangunan bersaiz sederhana tinggi, tipikal business buiding. Bangunan yang kelihatan agak lama itu mengundang cuak di hati Yutha. 
Kedua-dua mereka keluar dari perut kereta. Syasya atau nama sebenarnya Ganesya segak mengenakan kemeja kelabu berbelang bersama tali leher putih. Lelaki tampan setinggi 170 cm itu bertambah segak dengan jambangnya yang dijaga kemas. Yutha pula mengenakan kemeja putih bersama tudung blue black. Kot blue black dipadankan dengan kemeja, tudung dan kain senyum yang dipakainya. 
Langkah diatur memasuki bangunan itu. Tubuh lelaki baya 40 an yang sedang berjalan memasuki lif disapa mereka. 
"Good morning Ganesya, Yuthasak. I see you arrived pretty late today? That's very unusual of you." Yutha dah rasa macam nak hantuk kepala ke dinding. Ngaa… alasan apa aku nak bagi dekat Mr. Raj ni? Syasya di sebelah kelihatan sedang tersengih-sengih  macam kerang busuk. 
"I'm sorry Mr. Raj, but this guy, he overslept today. I promise you that I'll make sure this thing won't happen again." Yutha menundukkan kepalanya sedikit. Wajah Mr. Raj berubah sedikit, menjadi memahami. Dia cukup kenal dengan Yuthasak, gadis itu terlalu tinggi disiplinnya. Jarang benar nak melihat gadis yang perfectionist itu melakukan kesilapan apatah lagi kesilapan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. "It's okay, and please keep your promises. I may be your boss now but after this I'm not anymore." Huh? "You'll meet the new boss. Our client." 
Lif tiba di destinasi yang dituju. Yutha dan Syasya membiarkan lelaki itu berjalan terlebih dahulu. Yelah, bos kan. Orang tua pula tu. Haruslah dihormati. 
Dia memerhati segenap ruang pejabatnya. Kosong. Biar betul. Tak ada orang ke dalam ni? Office yang punyalah besar seluruh alam ni boleh tak ada orang. Aik? Tapi ada orang. Seorang lelaki sedang duduk di kubikelnya sambil menyiapkan kerjanya. Lelaki itu langsung-langsung tidak perasan akan kehadiran mereka. Dahi Yutha berkerut seketika, masih keliru.
"Yuthasak, come. Let me show you your desk. After you're done preparing, please begin your work. I hope we can proceed this as fast as possible. Lagi cepat siap, lagi cepat awak boleh balik Malaysia." Buat julung-julung kalinya, Mr. Raj bercakap Melayu. Mendengarkan itu, Yutha tersengih. Mr. Raj memang best.
Mereka bertiga tiba di kubikel yang paling hujung, di bucu. Kubikel ini agak terlindung sedikit. Yutha meletakkan beg kerjanya di atas kerusi. Selepas mengucapkan terima kasih, kedua-dua lelaki itu bergerak pergi meninggalkannya bersendirian. 
Yutha mengeluarkan barang-barangnya. Sebuah laptop berjenama Acer berwarna silver dikeluarkan. Beberapa keping fail turut dikeluarkan. Ada fail yang kosong dan ada fail yang berisi. Laptop itu dihidupkan. Dia ingin menyiapkan kerjanya. Surat permohonan telah siap oleh Kementerian Pertanian dan surat pengesahan oleh Kementerian Kesihatan, cuma proposal dan kertas kerja je belum. Laju jari-jemarinya cekap menaip. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan