Dua minggu berlalu. Kertas kerja sudah hampir sampai ke pertengahan jalan. Yutha mengeliat kecil. Dia memandang jam di dinding office. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aduh! Aku tak kemas barang aku lagi! Dia dah mengeluh dalam hati.
Setengah jam berlalu. Kertas kerja masih belum siap. Yutha menyimpan laptopnya. Esok dia boleh sambung, sekarang waktu balik. Tak ada pasal aku nak buat overtime. Membazir masa je. Dia mengatur langkah ke arah lif pejabat. Butang lif ditekan kepada ground floor. Belum sempat pintu lif tertutup, kelibat lelaki setinggi 170 cm berlari ke arah lif. Yutha tersentak. Mujur dia sempat menekan butang open di lif. Kalau tidak, dah arwah dah lelaki itu kena kepit dengan lif. "Kau lambat apahal?" Soal Yutha sebaik sahaja lelaki itu memasuki pintu lif dengan amannya. "Aku pergi tandas tadi." Lelaki itu mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap tangannya yang basah. Bekas basuh tangan tadi. Yutha hanya mampu menggeleng. "Nasib baik tak jadi apa-apa."
Yutha membuka pintu kereta berwarna hijau itik itu. Syasya dilihatnya masih sibuk bersembang dengan Mr. Raj. Tadi Mr. Raj sempat bertanyakannya tentang progress kertas kerja. Dia mampu sengih sajalah. Sebenarnya dah dua minggu dia tak bercakap dengan Rovin semenjak insiden menampar hari tu. Marah, geram dan malu bercampur menjadi satu. Syasya pula dengan bangganya mengelurkan saranan bajet yang dikeluarkan Vatika Business Company sekali dengan report debit. Untunglah jadi lelaki. Tak ditindas macam aku ni.
"Oh I'll see you this weekend." Yutha mengangkat muka memandang ke luar tingkap. Bulat matanya memandang figura dua lelaki di luar kereta itu. Rovin dan Syasya! Sejak bila mereka berkenalan dengan each other? How close are they? Dalam hatinya dah sarat dengan kerisauan. Bimbang sekiranya Rovin menceritakan kisah peribadi mereka berdua.
"Oh, as usual?" Lelaki itu ketawa kecil. Aik? Lelaki serius katak macam ni boleh ketawa? Yutha dah jatuh rahang. "Your treat. As a reward for my amazing job."
"I thought the underlings were supposed to be nice to their boss." Lelaki itu sengih serba-salah. "You're the boss. Of course you're the one that gonna pay." Syasya ketawa sebelum membuka pintu kereta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan