Chapter 4
Yutha memperbetulkan tudungnya. Matahari belum menampakkan wajahnya tapi jam dah menunjukkan pukul 7 pagi. Dia lapar! "Good morning." Dia mengangkat muka, memandang lelaki itu. Perbualan semalam membuatkan hatinya berasa pahit. "Good morning." Antara terkeluar atau tidak suaranya, dia membalas. Lelaki itu masih dengan wajah selambanya. Dia menuang air teh ke dalam cawan. "Want some tea?" Pelawanya. "No, I'll make my own." Yutha tersenyum tawar. Diam. Ah, macam ni lagi bagus! Tapi tipulah, dia sebenarnya dah tak boleh alihkan fikiran daripada asyik terfikirkan lelaki itu! Dahsyat sungguh. Kenapa perbualan semalam membuatkan dia berasa sedih? "What are you making?" Suara lelaki itu betul-betul di belakang Yutha membuatkan dia hampir terloncat. Aduh! Kus semangat! Nasib baik tak masuk dalam kuali! "Omelette rice. Asian dish." Jawabnya. "Is it delicious?" Angguk perlahan. "If so, make one serving for me as well." "What about your mum?" Dia menoleh memandang lelaki itu yang sibuk mengelap meja makan. Air tumpah tadi. "No worries, I'll go buy some potato bread for her." "Glad to hear that." Kehadiran ibu Rovin menambah lagi seri kami bertiga. Dia asyik sibuk bercakap-cakap sahaja dengan Rovin. Dengan Yutha, mestilah tidak. Manalah dia nak faham bahasa yang digunakan keluarga ini. Tapi Yutha senyum sahaja. Kalau mereka berdua gelak, dia turut sama ketawa. Menceriakan suasana. "How are you going home today? Is Ganesya gonna fetch you?" Soalnya di telinga Yutha tiba-tiba. "I think so. I haven't contact him yet."
Celahan daripada ibu Rovin mematikan perbualan mereka. Rovin mendengar dengan teliti.
"Mum wants me to send you home. She wants us to go outside for a while as a thanks. Are you okay with that?" Soal Rovin lagi. "As long as I'm home before sundown, I'm okay."
