- Kerana dia berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Dia menyangka bahawa apabila dia mentaatiNya dan mengutamakan perintahNya dalam meninggalkan perkara yang diharamkan, Dia tidak akan memberinya sesuatu yang halal dan lebih baik daripada perkara haram yang dia lakukan.
- Sebenarnya si hamba itu tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT, nescaya Dia akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya sahaja, nafsu syahwatnya akan mengalahkan kesabaran dan akalnya.
Jadi, golongan pertama melakukan hal yang diharamkan kerana tidak memiliki wawasan yang luas. Adapun golongan yang kedua kerana kelemahan akal (kesedaran) dan mata hatinya.
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan