Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Khamis, 15 April 2021

Ensiklopedia Akhlak Muhammad; Bab 7 (Warak) Warak Anggota Tubuh

Warak Penglihatan. 
Anas bin Malik berkata, "Apabila ada seorang perempuan yang lalu di depanmu, pejamkanlah kedua-dua matamu, hingga dia berlalu dari hadapanmu."
Maksud daripada perkataan Anas ini adalah hendaklah seseorang hamba bersikap warak pada matanya, dengan cara tidak memandang kepada perempuan yang bukan mahram. 
Warak Pendengaran. 
Muhammad bin Munkadir berkata, "Apabila hari kiamat tiba, seorang penyeru akan menyerukan, 'Mana orang-orang yang dahulunya sentiasa menyucikan diri mereka dari majlis hawa nafsu dan menyucikan pendengaran mereka dari seruling syaitan? Tempatkan mereka di rumah yang harum dengan wangian.' Kemudian Dia berkata kepada malaikat, 'perdengarkan kepada mereka penghormatan dan pujianKu.'
Warak Penciuman.
Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz diberi kuasa hasil rampasan perang, lalu dia menciumnya. Melihat itu, mereka bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan hanya menciumnya?" Dia menjawab, "Sesuatu yang bermanfaat daripada wangian ini hanya aromanya sahaja. Dan aku tidak suka mendapatkan aroma ini selain daripada umat Islam."
Warak Perut. 
Allah SWT berfirman, "Makanlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya." (Al-Baqarah [2]: 172).
Warak Mata Pencarian. 
Qatadah berkata, "Orang Mukmin sejati tidak dapat ditemukan, kecuali di tiga tempat, iaitu di masjid yang dinakmurkannya, di rumah yang menutupinya, atau ketika dia mencari keperluannya secara lumrah."
Warak Kemaluan. 
Boleh dilakukan dengan cara enjaga kemaluannya dari hal-hal yang dapat menangkap nalurinya dan dari semua perkara yang dapat membuatkan Allah SWT murka. Dengan cara tidak menyentuh kemaluannya, kecuali ada keperluan syarie, seperti buang hajat, bersuci (istinjak), rawatan atau keperluan syarak yang lain. 
Warak Lisan. 
Boleh dilakukan dengan cara menyibukkan diri dengan aib anda sendiri. Dapat dipraktikkan dengan cara menjaga lisan daripada berbohong, ghibah, namimah, berkata sia-sia dan semua perbincangan lain yang walaupun tidak menjauhkan diri Anda daripada Allah SWT, tetapi juga tidak mendekatkan anda kepadaNya. 
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan