Definisi Warak.
- Al-Manawi berkata, "Menurut sebahagian Ulamak, warak adalah meninggalkan sesuatu yang membuat anda ragu-ragu, menepis segala sesuatu yang dapat menodai anda, memilih hal yang lebih meyakinkan, dan melatih nafsu kepada hal-hal yang berat untuk dikerjakan."
- Ibu Taimiyah berkata, "Warak adalah meninggalkan segala sesuatu yang ditakuti akibatnya, seperti perkara yang sudah diketahui keharamannya, dan perkara yang masih diragukan pengharamannya, sedangkan meninggalkan perkara tersebut tidak menimbulkan kerosakan lebih besar daripada melakukannya. Begitu juga halnya dengan mereka rasa sebuah pekerjaan yang diragukan kewajipannya, namun masih tetap dalam bidang pekerjaan ini."
- Menurut Ibnu Qayyim, "Warak adalah meninggalkan hal-hal yang dikhuatirkan akan mendatangkan bahaya di akhirat."
Tingkatan Warak.
- Wajib, iaitu meninggalkan semua perkara yang diharamkan, ditujukan kepada semua orang.
- Mandub (dianjurkan) iaitu menjauhi semua perkara syubhah, ditujukan kepada golongan pertengahan.
- Fadilah (keutamaan) iaitu mencegah diri dari hal-hal mubah terlalu banyak dan mencukupkan kepada keperluan pokok yang sangat minima. Hanya dimiliki oleh para Nabi, orang-orang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang soleh.
Kesempurnaan Warak.
Kesempurnaan warak adalah mengetahui seseorang akan hal yang lebih baik daripada dua kebaikan hal yang lebih buruk daripada dua keburukan, dan bahawa agama bertujuan untuk menciptakan kemaslahatan dan menyempurnakannya, serta menghilangkan kerosakan dan mengurangkannya.
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan