Definisi Ihsan.
Dari segi terminologi/istilah
Apabila ihsan bergabung dengan Iman dan Islam maka ia bermakna muqarrabah (merasa diawasi) dan ketaatan. Hal ini selesai dengan pentafsiran Rasulullah SAW tatkala Jibril bertanya kepada Baginda tentang makna Ihsan, Baginda menjawab, "Ihsan adalah hendaklah kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya maka (ketahuilah) sesungguhnya Dia melihatmu."
Menurut erti harfiah, iaitu tidak bergabung dengan apa pun, maka bermakna, "Melakukan segala sesuatu yang baik." Makna Ihsan lain seperti dikatakan oleh Jurjani bahawa ihsan adalah, "Melakukan segala sesuatu yang terpuji ketika di dunia dan menjadi seperti diberikannya pahala di hari akhirat."
Manawi berkata, "Ihsan adalah zahir keislaman yang dikukuhkan oleh keimanan batin dan disempurnakan oleh perbuatan baik."
Menurut Raghib, ihsan adalah kebaikan yang mesti dikerjakan. Ihsan mencakupi dua perkara,
- Membantu atau mensejahterakan orang lain.
- Perbuatan baik seorang hamba, apabila dia mengetahui perkara terpuji lalu dia pun mengerjakannya dengan baik.
Hal ini sesuai dengan ungkapan Ali RA, bahawa, "Manusia itu keturunan perbuatan baik mereka." Maksud daripada ucapan Ali RA, itu bahawa semua manusia dinisbahkan pada apa yang mereka ketahui dan mereka lakukan.
Kafawi berkata, "Ihsan adalah perbuatan seorang hamba yang bermanfaat bagi orang lain sehingga membuat dia menjadi lebih baik, seperti memberi makan orang lapar atau pelakunya itu sendiri yang menjadi lebih baik."
Sumber: Ensiklopedia Akhlak Muhammad/Mausu'ah min Akhlaq ar-Rasul
(Mahmud Al-Misri/Yahya Nuriadi, 2018, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd./Dar at-Taqwa, Kaherah, Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan