Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Rabu, 12 Ogos 2020

Super Psycho Love (Volume 5, Chapter 1)


Chapter 1
Berbekalkan pujukan Syasya, akhirnya Yutha bersetuju juga. Dia mengenakan apron. Pandangan tajam lelaki dari belakang menghentikan perbuatannya. Menusuk sungguh! 
Dia meneruskan kerjanya. Membiarkan Rovin. Lantak dialah, dia nak tengok aku pun. Bukan luak pun! 
"What do you want to eat?" soal Yutha, memecah kesunyian antara mereka berdua. "Anything. I don't care. It's not like I'm going to eat it anyway." 
Yutha mencebik. Tak mahu makan konon! Aku tak masak betul-betul baru tahu! "Is spicy food okay? You like western food right? How about a pizza?" Soal Yutha lagi. Lelaki itu tidak membalas. Ah lantaklah! Yang penting dia dah tanya. 
Dia memulakan aktiviti memasak. Doh piza itu dibuatnya sendiri. Serta sos tomato dan keju. Memandangkan orang India tak boleh makan daging, dia menggunakan kentang sebagai toppings piza. Siap! "There you go! I'm done." Yutha mencapai cutter. Dia memotong piza tersebut kepada beberapa bahagian. Dia mencapai sekeping piza. 
Hmmm, boleh tahan! Tak sangka pertama kali menguli doh piza sendiri tidak mencacatkan pizanya. Hujung matanya menangkap Rovin mencapai sekeping piza. 
"How was it?" Rovin memandangnya agak terkejut. "It was good, better than I expected." Terdiam lelaki itu, sambil mengunyah piza yang dibuat oleh Yutha. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda approved. Yutha menghembus nafas lega.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan