Tinta dri admin~

Disclaimer:
Segala posts yang ditulis di dalam ini adalah fictional dan tidak ada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati. (Well, maybe some do) Everything that were being posted by admin are pretty much my own ideas, and what's going on in my head. (Even if it's unoriginal, admin akan credits the respective owner) So, perbuatan copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali

Selasa, 18 Disember 2018

Cerpen Adaptasi Pentomen 'SEPUTIH KASIH IBU'

Syazri mendengus kasar. Mak tak siap lagi ke? "Mak!" Jeritnya kasar. Dia melangkah ke dapur. Mak tak ada. Dia melangkah ke bilik. Ternyata Mak sedang melaksanakan solat. Dia mendengus kasar lagi.
Mak yang baru bersolat dan berwitir melangkah keluar dari bilik. Mak melangkah ke dapur. Dia ingin menyiapkan makan tengah hari untuk Syazri. Syazri yang baru ternampak kelibat Mak turut melangkah ke dapur. "Mak ni lambat betul! Orang lapar ni, Mak!" Mak tahulah, balas Mak dalam hati. Mak tak menjawab Bimbang menuang minyak ke dalam api.
"Ada Mak pun tak guna! Makanan mana?!" Jerkah Syazri. Terkebelakang Mak seketika. Riak wajah Mak berubah. Mata Mak kian mengecil. Namun Mak tak menjawab.
Syazri menunggang motosikal ke rumah kawannya. Di sana, mereka melepak. Syazri melepak dengan kawannya sambil mereka berbincang tentang jenama kereta. Ternyata Syazri suka berangan. Dia berangan ingin memiliki kereta berjenama. Dia berangan bersama kawan-kawannya. 
Mak di rumah berdoa," ya Allah, berilah kesedaran kepada anakku Syazri untuk dia berubah menjadi lebih baik." Panjang betul doa Mak. Semuanya doa untuk Syazri. Mak berdoa di tikar sejadah. Tikar sejadah Mak lusuh. Mak berdoa selepas solat. Begitulah kelaziman Mak. 
Syazri marah. Begitu marah. Mak memang melampau!Sampai hati Mak kemaskan bilik Syazri. Habis hilang segala koleksi gambar kereta berjenamanya. "Mak!" Dia meluru ke arah Mak. Langsung dia tak peduli Mak yang sedang berteleku di atas sejadah. Pantas dia menolak Mak. Orang tua itu jatuh tergolek. Mak beristighfar panjang. "Mak memang melampau! Mak kemas bilik Syazri!Habis hilang gambar kereta Syazri!" Jerkahnya terus tanpa menghiraukan Mak yang terkial-kial bangun. "Syazri dah serik dengan Mak. Syazri nak keluar." Dingin suaranya.
Mak tidak berkutik. Mak duduk berteleku di atas sejadah usangnya. Agak lama juga Mak berkeadaan begitu. 
Dua jam kemudian, bunyi ketukan pintu rumah bertalu-talu. Mak tersentak. Pantas Mak bangun lalu membuka pintu.
Kelihatan orang kampung datang membawa tubuh Syazri yang berlumuran darah. Mak tak terkejut. Hati Mak sarat berdoa, agar Syazri sedar akan kesalahannya. Agar Syazri berubah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan