Gerimis masih membunyikan senandungnya.
Dia masih cuba untuk terkapai-kapai bangun. Bau hamis darah kuat menusuk ke
dalam hidung. Badrul mengerang kesakitan. Sakitnya dipukul tadi masih belum
hilang. Dia menggagau jalan raya. Cuba untuk mencari sesuatu supaya dapat
menyokongnya untuk bangun. Seperti biasa, dia dipukul lagi. Kali ini kerana
kegagalannya menghantar barang ke tempat yang dimaksudkan. Dengan penuh payah,
Badrul cuba untuk bangun. Membela nasib diri. Meneruskan hidup.
Matahari memancar cerah. Teriknya ibarat
seorang guru yang mendenda anak-anak muridnya. Begitu panas sekali, dan panas
itu mampu membakar seluruh penduduk Kampung Seri Bitara ini. Badrul
mempercepatkan pemanduannya. Sakitnya hati tadi masih dirasa. Pedal minyak dan
stereng kereta yang menderu laju itu masih belum dapat menghilangkan amarahnya.
Sampai rumah nanti siaplah budak itu, desis hati Badrul.
Setibanya di rumah, bagai orang
mengantuk disorongkan bantal matanya tertancap pada sebatang tubuh langsing
yang memberhentikan basikalnya di dinding rumah. Amarah yang sememangnya tadi
tersimpan dalam hati kian membara. Badrul menghempas pintu kereta dengan kasar.
Pantas tubuhnya meluru ke arah Izzah, anal daranya. Pantas tangannya mencengkam
rambut anaknya. Memgaduh sakit Izzah apabila rambutnya dicengkam sebegitu rupa.
“Kau pergi mana tadi?” soalnya sambil
mengetap gigi. “Pergi mana pula ini ayah? Izzah tak pernah pergi mana-manalah!”
Dalih Izzah sambil tangannya memegang tangan Badrul yang mencengkam rambutnya.
“Kau jangan bohong. Habis itu, tadi apa yang kau buat dengan Hariz?” Badrul
mendekatkan wajahnya ke telinga Izzah. “Itu Hariz nak tolong Izzah bayar dekat
kedai Ah Keong,” balas Izzah, tangannya masih memegang cengkaman Badrul di
rambutnya. “Kau jangan nak memalukan aku.” Nada suara kian diperlahankan.
Memalukan bapa apa, bapa yang memalukan diri sendiri, desis hati kecil Izzah.
Dia tak menjawab. Bimbang ayahnya melakukan tindakan melulu lagi. Badrul
mendengus sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Bunyi enjin kereta di rumah Badrul
menimbulkan tanda tanya di hati Badrul. Dia melangkah keluar dengan muka kelam.
Kelihatan Saad, ayah Hariz keluar dari perut kereta dengan muka serius. “Kau
kenapa?” Badrul mendabik. Saad, masih dengan muka tenangnya cuba memegang
lengan Badrul. Mengelakkannya daripada melakukan perkara yang tak sepatutnya.
Badrul masih berkeras. Tangannya menepis pegangan tangan Saad. Dengan pantas
dia menumbuk Saad.
Saad mengelak. Dia cuba menendang Saad,
pantas Saad memegang kakinya. Badrul masih tidak berputus asa, dia cuba
menghalakan penumbuknya ke dada Saad. Saad pantas mengelak lalu dia menumbuk
perut Badrul. Satu tumbukan di perut sudah membuatkan Badrul tersungkur. Dengan
badan kurus kering ibarat penagih dadah itu, mustahil Badrul boleh melawan.
“Aku dah cakap, aku datang sini nak
memberi amaran. Jangan dera Izzah tu.
Kalau kau tak mahu bela dia, serah pada aku je.” Kata-kata Saad itu mencabar
ego Badrul. Pantas dia bangun untuk menumbuk Saad tetapi dia menumbuk angin.
Kesan tumbukan Saad tadi masih membuatnya terhuyung-hayang. Badrul tersungkur.
Badrul cuba melawan. Namun tidak
berjaya. Dia tersungkur lagi. Kali ini mereka menggunakan kayu untuk
memukulnya. Badrul yang hanya melawan dengan tangan kosong tidak mungkin boleh
menang. Lalu dia tersungkur.
Izzah mengeluarkan seutas rantai. Itulah
satu-satunya rantai mutiara asli yang masih bernilai. Rantai itu dihadiahi oleh
arwah mak kepadanya. Izzah senyum sendiri. Memandang rantai itu, membuatkannya
teringat pada arwah mak. Bunyi bising di luar refleks membuatkannya menyimpan
rantai itu ke tempatnya semula.
Ternyata dia lambat. Badrul sudah
berdiri di depan muka pintu biliknya. Badrul lalu menyentap bekas rantai milik
Izzah. Izzah terkesima. “Kau simpan rantai dalam ini kan?” soal Badrul sambil
tangan terus menarik bekas rantai tersebut. Izzah cuba melawan. “Ayah nak buat
apa dengan rantai ini?” soalnya. “Beri pada ayah.” Badrul masih menarik. Apalah
dayanya tenaga perempuan jika hendak dibandingkan dengan tenaga lelaki. Badrul
berjaya. Rantai itu kini berada di genggamannya. Izzah tersungkur.
Keesokan harinya, Badrul membawa rantai
itu ke tempat pajak gadai. Wang seribu dua ratus ringgit telah berjaya
diperolehinya. Dengan senang hati, wang itu dibawa ke gerai Muthu. “Muthu! Roti
canai telur satu! Kopi ‘o’ satu!” Jeritnya penuh bangga. Tidak dipeduli
langsung mata-mata asing yang memandangnya penuh curiga.
Setibanya di rumah, Badrul memarkirkan
keretanya di tempat biasa. Alangkah terkejutnya dia apabila kereta Saad di
rumahnya. Tanpa berfikir panjang dia terus meluru masuk ke dapur. Sasarannya
ialah satu; Izzah.
Izzah yang sedang menggoreng cucur
pisang di dapur nyata terkejut dengan kehadiran bapanya yang tidak diduga itu.
Badrul menolak Izzah. Jatuh tersungkir anak dara itu ke tanah. Kuali dilempar
ke bawah. Langsung dia tidak hiraukan kesan perbuatannya itu.
Mungkin selama ini dialah yang jahat.
Malang tidak berbau. Tangannya terkena api. Habis badannya dibakar api. Izzah
terkesima. Pantas dia melarikan diri ke ruang tamu. Meminta tolong Saad.
Saad yang mendengar cerita Izzah hanya
mampu menyelamatkan Izzah. Padan muka Badrul, desis Saad. Selalu mendera Izzah.
Kali ini biar akulah yang menyelamatkan Izzah, desisnya. Dia membawa Izzah
pergi dari situ. Pergi dari Badrul yang rentung.
PS: I was always wanted to write a cerpen, so when I did I know I had to post it here. It's not gonna be REALLY good, I know.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan